Malaysia Hot

Detik Cemas! Wanita Dipeluk, Dicium dan Diraba Lelaki Tidak Dikenali di Setia Alam

Gambar hiasan

 

Shah Alam - Seorang wanita berusia awal 20-an melalui pengalaman menakutkan apabila dipercayai dicabul oleh seorang lelaki yang tidak dikenali ketika berjalan kaki pulang dari tempat kerja di kawasan perumahan Setia Alam, semalam.

Menurut Ketua Polis Daerah Shah Alam, kejadian berlaku sekitar jam 7.10 malam ketika mangsa berjalan seorang diri melalui satu lorong yang agak sunyi untuk pulang ke rumah.

Tiba-tiba, seorang lelaki yang memakai baju merah dan seluar hitam datang dari belakang lalu memeluk mangsa serta menutup mulutnya. Suspek kemudian mencium dan meraba mangsa sebelum melarikan diri dari tempat kejadian.

Mangsa membuat laporan polis pada jam 9.06 malam. Walaupun tidak mengalami kerugian harta benda, kejadian itu pastinya memberi trauma kepada mangsa.

Polis kini sedang berusaha mengesan suspek dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat tampil membantu siasatan. Kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul kehormatan, yang boleh membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun atau sebatan jika sabit kesalahan.

Sebelum ini, rakaman CCTV yang menunjukkan kejadian tersebut turut tular di media sosial.


Previous Post Next Post

نموذج الاتصال