SHAH ALAM: Bella Astillah enggan memanjangkan isu video gurauan atau 'prank' yang dirancang adiknya, Didi Astillah, sempena sambutan ulang tahun kelahiran ibu mereka, Siti Zarina Astillah, baru-baru ini.
Mengaggap insiden sudah berlalu, Bella atau nama sebenar, Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 32, mengambil pendekatan untuk terus melangkah ke hadapan serta menjadikan pengalaman itu sebagai pengajaran.
"Perkara ini pun sudah berlaku. Apa sahaja yang terjadi, sudah pun berlaku.
"Jadi, kita teruskan ke hadapan dan lakukan yang lebih baik pada masa akan datang," katanya ketika ditemui selepas membuat persembahan pada konsert Bintang Universe: The Dimension di Dewan Seri Budiman, Universiti Teknologi MARA (UiTM) di sini, malam tadi.
Baru-baru ini, klip video yang antara lain memaparkan sambutan ulang tahun kelahiran ibu Bella tular, lantas mengundang pelbagai reaksi netizen.
Ada netizen berpandangan gurauan yang dipaparkan itu agak keterlaluan, apatah lagi membabitkan kehadiran tetamu kehormat, iaitu Syed Saddiq yang juga Ahli Parlimen Muar.
Menerusi rakaman yang tersebar, Didi dilihat berpura-pura bertengkar dengan seorang pelayan sebelum situasi sebenar didedahkan sebagai sebahagian daripada kejutan dirancang.
Insiden itu turut mencuri perhatian apabila tunang Bella, Syed Saddiq dilihat terkejut dengan situasi itu sebelum dimaklumkan bahawa kejadian itu hanyalah gurauan.
Sumber.
Tags
Hiburan

