Selepas berjaya menunaikan ibadah haji, pelakon popular Datin Lisa Surihani meluahkan rasa syukur atas limpahan doa yang diterimanya ketika berada di Makkah.
Beliau yang menunaikan rukun Islam kelima itu secara bersendirian selepas permohonan visa suaminya Datuk Yusry Abdul Halim ditolak, menyifatkan pengalaman tersebut sebagai satu detik penting dalam hidupnya.
“Terima kasih kepada semua yang dengan rela hati dan ikhlas mendoakan saya. Apa sahaja doa yang anda panjatkan untuk saya, saya doakan ia kembali kepada anda berlipat kali ganda,” kata Lisa sebaik pulang ke Malaysia selepas sebulan berada di tanah suci.
Beliau turut mendoakan para jemaah haji lain agar ibadah mereka diterima.
“Buat para jemaah yang menunaikan haji tahun ini, saya berdoa agar segala dosa kita diampunkan. Semoga Allah mengurniakan haji yang mabrur dan menjadikan kita insan yang lebih baik.”
Sumber.
Tags
Hiburan

