MEXICO CITY: Mexico membuat tiga perubahan dalam kesebelasan utama mereka bagi perlawanan Kumpulan A Piala Dunia menentang Korea Selatan, hari ini.
Kapten, Edson Alvarez diturunkan di posisi pertahanan tengah bagi menggantikan Cesar Montes yang digantung perlawanan, manakala Kim Moon-hwan dimasukkan ke dalam kesebelasan Korea Selatan.
Alvarez menggantikan Montes yang digantung selepas dilayangkan kad merah dalam kemenangan 2-0 Mexico ke atas Afrika Selatan pada perlawanan pembukaan sebelum ini.
Jorge Sanchez pula diturunkan di bahagian pertahanan kanan menggantikan Israel Reyes, sementara pemain tengah, Luis Romo menggantikan Alvaro Fidalgo bagi satu lagi perubahan dalam skuad Mexico.
Korea Selatan hanya membuat satu perubahan apabila Kim Moon-hwan menggantikan Lee Tae-seok, manakala jurulatih Hong Myung-bo mengekalkan majoriti pemain yang menewaskan Republik Czech 2-1.
Mexico: Raul Rangel, Jorge Sanchez, Edson Alvarez, Johan Vasquez, Jesus Gallardo, Luis Romo, Erik Lira, Brian Gutierrez, Roberto Alvarado, Raul Jimenez, Julian Quinones.
Korea Selatan: Kim Seung-gyu, Lee Han-beom, Kim Min-jae, Kim Moon-hwan, Lee Gi-hyuk, Seol Young-woo, Hwang In-beom, Lee Jae-sung, Lee Kang-in, Paik Seung-ho, Son Heung-min.
Sumber.
Tags
Sukan

