KOTA KINABALU: Pakar psikiatri di sebuah pusat perubatan swasta, Dr Wong Haw Huo akan memberi keterangannya di Mahkamah Koroner dalam inkues kematian Zara Qairina Mahathir, di sini, hari ini.
Dr Wong merupakan saksi ke-75 yang dikemukakan pasukan peguam mewakili ibu Zara Qairina, Noraidah Lamat.
Keterangan beliau akan didengar Koroner Amir Shah Amir Hassan.
Inkues dikendalikan pegawai pengendali iaitu Pengarah Pendakwaan Negeri Sabah, Nahra Dollah serta Timbalan Pendakwa Raya Mohd Fairuz Johari, Dana Arabi Wazani, Sofia S Sawayan dan Dacia Jane Romanus.
Zara Qairina, 13, ditemukan tidak sedarkan diri pada 16 Julai tahun lalu di bawah bangunan asrama sebuah sekolah menengah agama di Papar.
Bagaimanapun, pelajar itu disahkan meninggal dunia keesokan harinya di Hospital Queen Elizabeth I (HQEI) di sini.
Sumber.

