KAPTEN Mesir, Mohamed Salah, mengalami kecederaan hamstring dengan Persatuan Bola Sepak Mesir (EFA) tidak memberikan petunjuk positif sama ada dia akan cergas untuk kembali beraksi mahupun tidak.
Mesir dijadualkan berdepan Australia dalam saingan kalah mati Piala Dunia minggu depan, dengan Salah telah menyumbangkan satu gol dan dua bantuan jaringan dalam tiga aksi peringkat kumpulan.
Selain Salah, pemain pertahanan Ahmed Fatouh juga mengalami cedera koyak hamstring dan dijangkakan tidak akan dapat diturunkan berdepan Australia nanti.
Pemain berusia 34 tahun itu telah memulakan rawatan pemulihan.
Mesir muncul naib juara Kumpulan G dengan mengumpul lima mata.
PASUKAN Afrika Selatan menerima durian runtuh berupa hadiah lumayan menjadi kaya raya dalam sekelip mata meskipun belum menghabiskan aksi peringkat kumpulan dan sedang merebut penentuan ke peringkat seterunya.
Selepas tewas dalam perlawanan pembukaan kepada tuan rumah, Mexico, pasukan Bafana Bafana itu berjaya mengikat Czechia 1-1 dalam aksi kedua Kumpulan A Piala Dunia 2026, sekali gus meraih mata pertama sejak 2010.
Usai tamat aksi tersebut, para pemain termasuk staf pasukan dikurniakan penghargaan besar mendapat barangan kemas dan jam tangan berjenama mewah bernilai lebih RM207,025.00.
Pasukan ranking ke-61 dunia itu akan menghadapi gergasi Asia, Korea Selatan, esok sebagai perlawanan terakhir bagi menghidupkan peluang sekurang-kurangnya selaku tempat ketiga terbaik.
Untuk rekod, sejak kali pertama menyertai kejohanan bola sepak paling berprestij itu, Afrika Selatan tidak pernah mara ke pusingan kalah mati.
Sumber.
Tags
Sukan

