Malaysia Hot

PRN Johor: BN Menang Besar, Nga Kor Meng Letak Jawatan?

SUMBER

Benarkah, dalam satu temu bual bersama Oriental Daily, Nga menyatakan bahawa jika UMNO mencatat kemenangan besar dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, Datuk Seri Najib Razak akan dibebaskan. Malah beliau menegaskan bahawa sekiranya perkara itu berlaku, beliau akan menjadi orang pertama meletakkan jawatan?

Menurut Nga, sepanjang hampir 30 tahun penglibatannya dalam politik, beliau memperjuangkan demokrasi, keadilan dan kedaulatan undang-undang. Justeru, katanya, pembebasan Najib akan bercanggah dengan prinsip yang dipegang selama ini.

Kenyataan tersebut kedengaran tegas. Namun apabila dianalisis secara lebih mendalam, adakah DAP begitu terdesak sehingga mengheret isu Najib Razak dan saiz kemenangan Barisan Nasional di Pilihanraya Negeri Johor?

Adakah DAP menggunakan ‘politik gestapo’, menakutkan pengundi atau menjadikan pengundi seperti tawanan?

DAP sudah tidak memikirkan implikasi hasil dari kenyataan seorang pemimpin kanan kerajaan yang cuba mengaitkan kemungkinan keputusan mahkamah dengan keputusan pilihan raya.

Kenyataan tersebut menggambarkan bahawa kemenangan sesebuah parti politik boleh mempengaruhi perjalanan sesuatu kes mahkamah, ia berpotensi mewujudkan persepsi bahawa institusi kehakiman tidak benar-benar bebas daripada pengaruh politik.

Persepsi seperti ini memberi kesan yang jauh lebih besar daripada polemik politik harian kerana ia menyentuh asas kepada sebuah negara yang berteraskan kedaulatan undang-undang.

Malah jika Nga benar-benar percaya kemenangan UMNO mampu membawa kepada pembebasan Najib, kenyataan itu boleh ditafsirkan sebagai mengaitkan keputusan badan kehakiman dengan perkembangan politik.

Namun jika beliau masih yakin badan kehakiman Malaysia bebas, profesional dan membuat keputusan berdasarkan fakta serta undang-undang, maka menghubungkan keputusan mahkamah dengan kemenangan politik adalah satu persepsi yang jahat.

Nga turut menyatakan bahawa beliau sanggup meletakkan jawatan sekiranya Najib dibebaskan.

Kenyataan itu bukan bertujuan menunjukkan ketegasan prinsip tetapi satu bentuk ugutan kata pemerhati politik.

“Adakah Nga Kor Ming sedang menghantar isyarat kepada badan kehakiman?”

Previous Post Next Post

نموذج الاتصال