KUALA LUMPUR: Bekas penyanyi kumpulan rock wanita era 1990-an dikenali Rose Sherox atau nama sebenar, Rosiah Parlam, 60, meninggal dunia disebabkan sakit jantung, petang semalam.
Berita sedih itu disahkan anak kedua arwah iaitu Shahdatul Nurainiza Yaccob, 39.
Shahdatul memberitahu, ibunya, mula sesak nafas, pagi semalam.
"Ibu hembus nafas terakhir pada jam 6.15 petang disebabkan sakit jatung. Sebelum ini, pada 12 Jun lalu, arwah ibu dimasukkan ke Hospital Pasir Gudang kerana sakit jantung.
"Baru semalam (kelmarin) arwah ibu dibenarkan keluar dari hospital (Pasir Gudang). Ibu nampak sihat dan baik-baik sahaja selepas pulang ke rumah. Cuma, pagi tadi (semalam) dia ada mengadu sesak nafas," katanya kepada Harian Metro.
Shahdatul berkata, arwah ibu sempat bersama keluarga dan enam cucu menikmati durian dalam keadaan sihat, kelmarin.
"Arwah ibu disahkan sakit jantung pada 2024. Apa-apa pun, saya dan keluarga reda dengan pemergian ibu dan mohan doa serta sedekahkan al-Fatihah kepadanya.
"Urusan kebumi jenazah akan dilakukan jam 10 pagi esok (hari ini) di Tanah Perkuburan Islam Kota Tebrau," katanya sambil menambah arwah ibunya turut menghidap diabetes dan buah pinggang.
Allahyarham Rose Sherox adalah ibu tunggal. Bersama kumpulan Sherox, arwah dam teman band popular dengan lagu seperti Awek Rocker, Biarpun Apa Terjadi, Sentuhan Luka dan Dilema Mahkota Impian.
Sumber.
Tags
Hiburan

