Krisis Negeri Sembilan: "BN Tebuk Atap" Hanya Untuk Tutup Isu Kegagalan Aminuddin


Naratif kononnya wujud gerakan “tebuk atap” di Negeri Sembilan bukan sahaja mengelirukan, malah dilihat sebagai cubaan mengalihkan perhatian daripada isu sebenar yang sedang berlaku. Tuduhan bahawa Jalaluddin Alias mendalangi usaha merampas kuasa secara pintas tidak disokong oleh fakta yang kukuh, sebaliknya lebih kepada persepsi politik yang tidak berasaskan realiti.

Apa yang jelas, pendirian yang diambil oleh UMNO bukan dilakukan secara tersembunyi tetapi melalui saluran rasmi parti, melibatkan Ahli Dewan Undangan Negeri serta keputusan di peringkat kepimpinan. Ini juga bukan satu gerakan ‘serangan hendap’ seperti yang dilakukan oleh Muhyiddin ketika mengambil alih kerajaan pusat daripada Mahathir.

Lebih penting, isu yang dibangkitkan bukan semata-mata soal kuasa atau jawatan Menteri Besar. Ia berkait rapat dengan persoalan keyakinan terhadap kepimpinan Aminuddin serta keupayaan menangani isu melibatkan institusi adat dan perlembagaan negeri. Menganggap perkara ini sebagai alasan yang “direka-reka” hanya menunjukkan kegagalan memahami sensitiviti dan struktur unik Negeri Sembilan.

Dalam konteks ini, perbincangan mengenai institusi adat bukan isu kecil yang boleh dipandang ringan. Negeri Sembilan mempunyai sistem adat yang tersendiri dan sebarang ketegangan yang timbul perlu ditangani dengan penuh berhati-hati serta penghormatan terhadap peranan institusi tersebut. Menafikan kewujudan isu ini tanpa penjelasan yang meyakinkan hanya akan menambah persoalan dalam kalangan rakyat.

Jason Yew cuba mengalih isu Aminuddin tersilap langkah dengan membelakangi Undang Yang Empat. Sepatutnya Aminuddin bertindak sebagai ‘orang tengah’ dan bukannya berpihak. Tindakan Aminuddin seolah beliau langsung tidak tahu sistem adat dan perlembagaan negeri sendiri.

Jason Yew sepatutnya sertakan bukti atau sekurangnya kronologi tindakan Aminuddin di dalam krisis yang melibatkan antara istana dan Undang Yang Berempat. Bukan sekadar menafikan Menteri Besar Negeri Sembilan tidak campur tangan dalam urusan Institusi Adat tanpa bukti yang jelas.

Jika Aminuddin tidak campur tangan mana mungkin Undang Yang Empat bersama Tunku Besar Tampin mendakwa Aminuddin berbohong mengenai pemecatan Mubarak Thahak sebagai Undang Luak Sungei Ujong dan mengeluarkan surat menggesa Aminuddin dipecat daripada jawatannya.

"Kami juga mensabdakan seterusnya bahawa Aminuddin adalah tidak layak untuk menerajui pentadbiran kerajaan Negeri Sembilan dan selayaknya diturunkan,"

Jason Yew wajar berhati-hati mengeluarkan kenyataan dan jangan berlagak seperti pakar dalam Adat Perpatih.

Comments

Penafian (Disclaimer)

Segala maklumat yang dikongsi di laman ini adalah untuk tujuan maklumat umum sahaja. Walaupun setiap usaha telah dilakukan untuk memastikan ketepatan dan kesahihan maklumat yang disampaikan, pihak kami tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan, kekeliruan, atau kerugian yang mungkin timbul daripada penggunaan maklumat tersebut. Sebarang bahan poster, pautan ke laman pihak ketiga hanya untuk kemudahan pengguna dan tidak bermakna kami mengesahkan kandungan di laman berkenaan. Pengguna digalakkan untuk membuat semakan dan pertimbangan sendiri sebelum mengambil sebarang tindakan berdasarkan maklumat yang terdapat di sini.