Dalam kehangatan krisis Negeri Sembilan, pihak lawan dilihat cuba mengalihkan perhatian dengan mengitar semula isu lama melibatkan YB Datuk Seri Haji Jalaluddin Alias yang dikaitkan dengan sokongan kepada Muhyiddin Yassin.
Namun realitinya, perkara tersebut bukan isu baharu. Ia telah pun dijelaskan dan diselesaikan secara terbuka oleh Presiden UMNO, Dato Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi seawal tahun 2023.
Zahid sendiri mengesahkan bahawa beliau telah memaafkan 10 Ahli Parlimen Barisan Nasional yang menandatangani Akuan Bersumpah (SD) menyokong Muhyiddin ketika tempoh pembentukan kerajaan pasca PRU15, satu fasa yang penuh ketidaktentuan politik negara.
Menurut beliau, keputusan itu dibuat atas dasar untuk bergerak ke hadapan dan memastikan kestabilan politik, selari dengan pembentukan Kerajaan Perpaduan. Malah, beliau turut menegaskan bahawa semua ahli kini berada dalam satu barisan dan terus dipantau oleh Lembaga Disiplin parti.
Ini bermakna, cubaan memainkan semula isu tersebut hari ini hanyalah taktik politik lapuk yang tidak lagi relevan.
Hakikatnya di dalam ‘krisis Negeri Sembilan’ UMNO telah mengambil pendekatan matang dengan memberi fokus menyelesaikan konflik dalaman dengan menolak cara MB Aminuddin Harun mengurus konflik berkenaan dengan membelakangkan ADUN kerajaan negeri.
Lebih penting, fokus sebenar ketika ini adalah krisis pentadbiran Negeri Sembilan yang menuntut penyelesaian segera, bukannya menghidupkan semula cerita lama yang telah pun ditutup.
Serangan seperti ini jelas menunjukkan kekurangan isu substantif dari pihak lawan sehingga terpaksa bergantung kepada naratif lama untuk mencipta persepsi.
Isu pokok melibatkan menarik sokongan terhadap MB Negeri Sembilan dan bukannya ‘meruntuhkan’ kerajaan negeri.
![]() |
| BACA di SINI |


Comments
Post a Comment