UMNO Tidak Akan Campuri Urusan Undang-Undang Adat Negeri Sembilan - Zahid


Presiden UMNO, Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamidi menegaskan parti itu tidak akan mencampuri urusan pentadbiran kerajaan Negeri Sembilan mahupun undang-undang adat negeri berkenaan.

“Saya akan selesaikan kemelut yang ada melalui politik dan kita tidak akan pernah campur urusan pentadbiran kerajaan negeri ataupun undang-undang adat.

“Kita akan cari penyelesaian terbaik bagi menentukan sebuah kerajaan kukuh di Negeri Sembilan serta dapat terus melayani dan mendepani permasalahan rakyat,” katanya.

Beliau berkata, semua pihak perlu mematuhi undang-undang tubuh kerajaan negeri serta peraturan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi memastikan setiap tindakan dibuat secara teratur dan tidak tergesa-gesa.

Tambahnya, pendekatan berhati-hati penting bagi menjamin kestabilan pentadbiran negeri serta menghormati sistem sedia ada.

Perkembangan ini berlaku susulan tindakan beberapa wakil rakyat yang mengubah sokongan politik, sekali gus mencetuskan ketidaktentuan dalam pentadbiran negeri ketika ini.

Comments

Penafian (Disclaimer)

Segala maklumat yang dikongsi di laman ini adalah untuk tujuan maklumat umum sahaja. Walaupun setiap usaha telah dilakukan untuk memastikan ketepatan dan kesahihan maklumat yang disampaikan, pihak kami tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan, kekeliruan, atau kerugian yang mungkin timbul daripada penggunaan maklumat tersebut. Sebarang bahan poster, pautan ke laman pihak ketiga hanya untuk kemudahan pengguna dan tidak bermakna kami mengesahkan kandungan di laman berkenaan. Pengguna digalakkan untuk membuat semakan dan pertimbangan sendiri sebelum mengambil sebarang tindakan berdasarkan maklumat yang terdapat di sini.