Ketua Pemuda Parti Amanah Perlis Kembali Sertai UMNO


Bekas Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (AMANAH) Perlis, Dr Ahmad Fadhzil Mohamad mengumumkan kembali menyertai UMNO, berkuat kuasa hari ini.

Keputusan itu dibuat selepas beliau meletakkan semua jawatan dalam AMANAH dan Pakatan Harapan (PH) pada 29 April lalu.

“Saya dengan rendah hati merakamkan penghargaan kepada pimpinan pelbagai parti termasuk PKR, PAS, BERSATU dan UMNO yang memberi kepercayaan serta jemputan untuk bersama mereka.

“Namun selepas pertimbangan sewajarnya, saya mengambil keputusan untuk kembali menyertai UMNO,” katanya.

Beliau pernah menjadi ahli parti itu sejak 2004 dan memegang beberapa peranan sebelum ini, menyifatkan UMNO sebagai wadah paling sesuai untuk meneruskan perjuangan demi agama, bangsa dan negara.

“Saya melihat UMNO sebagai ‘Rumah Bangsa’ untuk saya meneruskan perjuangan dan menyumbang kepada pembangunan negeri serta rakyat,” tambahnya.

Comments

Penafian (Disclaimer)

Segala maklumat yang dikongsi di laman ini adalah untuk tujuan maklumat umum sahaja. Walaupun setiap usaha telah dilakukan untuk memastikan ketepatan dan kesahihan maklumat yang disampaikan, pihak kami tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan, kekeliruan, atau kerugian yang mungkin timbul daripada penggunaan maklumat tersebut. Sebarang bahan poster, pautan ke laman pihak ketiga hanya untuk kemudahan pengguna dan tidak bermakna kami mengesahkan kandungan di laman berkenaan. Pengguna digalakkan untuk membuat semakan dan pertimbangan sendiri sebelum mengambil sebarang tindakan berdasarkan maklumat yang terdapat di sini.