Konsistensi PH Dalam Menghormati Institusi Diraja: Derhaka Secara Selektif?


Isu “derhaka” kini bukan lagi sekadar istilah tetapi ia telah menjadi senjata politik. Persoalannya, adakah prinsip ini benar-benar dipegang atau hanya digunakan apabila menguntungkan?

Di Negeri Sembilan, naratif dilontarkan dengan keras apabila UMNO dituduh sebagai penderhaka. Tuduhan berat ini disebarkan seolah-olah tanpa ruang perbahasan. Namun apabila beralih ke Selangor yang melibatkan titah Sultan Selangor dalam isu penternakan babi, nada pemimpin Pakatan Harapan tiba-tiba berubah. Ia tidak lagi dianggap sensitif terhadap institusi diraja, sebaliknya dilonggarkan sebagai “pandangan dasar” atau perbezaan polisi, malah disandarkan kepada alasan “suara rakyat”.

Lebih membimbangkan, pelbagai kandungan di media sosial yang dilihat menghina Sultan Selangor terus berlegar tanpa respons tegas yang meyakinkan dari kepimpinan dan penyokong Pakatan Harapan. Jadi, apakah pendirian sebenar kepimpinan kerajaan negeri dalam mempertahankan kedaulatan institusi diraja?

Sehubungan itu, sebelum tuduhan terus dilemparkan di Negeri Sembilan, Pakatan Harapan wajar terlebih dahulu menjelaskan pendirian mereka terhadap titah Sultan Selangor, adakah benar-benar selari dengan prinsip yang sama?

Bagi UMNO Negeri Sembilan, isu ini bukan ruang untuk politik tuduhan murahan. Pendirian yang ditegaskan adalah jelas iaitu penghormatan kepada institusi diraja, adat dan perlembagaan bukan sesuatu yang boleh dipilih mengikut keadaan tetapi prinsip yang kekal dan tidak berubah.



Comments

Penafian (Disclaimer)

Segala maklumat yang dikongsi di laman ini adalah untuk tujuan maklumat umum sahaja. Walaupun setiap usaha telah dilakukan untuk memastikan ketepatan dan kesahihan maklumat yang disampaikan, pihak kami tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan, kekeliruan, atau kerugian yang mungkin timbul daripada penggunaan maklumat tersebut. Sebarang bahan poster, pautan ke laman pihak ketiga hanya untuk kemudahan pengguna dan tidak bermakna kami mengesahkan kandungan di laman berkenaan. Pengguna digalakkan untuk membuat semakan dan pertimbangan sendiri sebelum mengambil sebarang tindakan berdasarkan maklumat yang terdapat di sini.