Krisis Negeri Sembilan: Bekas Timbalan Pendakwa Raya Mempunyai Agenda Tersembunyi Menghapuskan Institusi Raja?




Dalam kemelut yang semakin memanas di Negeri Sembilan, muncul suara-suara yang bukan sahaja mengelirukan tetapi boleh ditakrifkan sebagai kurang adab, malah melampaui batas apabila menuduh institusi Undang Yang Empat serta pihak yang mempertahankannya sebagai penderhaka. 

Tuduhan sebegini bukan sekadar beremosi dan berkempentingan politik tetapi berisiko memesongkan kefahaman rakyat terhadap struktur perlembagaan negeri yang unik di Negeri Sembilan.

Hakikatnya jelas. Perkara 160 Perlembagaan Persekutuan mentakrifkan “Raja” bagi Negeri Sembilan sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan yang bertindak BERSAMA Pembesar-Pembesar Memerintah mengikut Perlembagaan negeri. Ini bukan tafsiran longgar ini adalah asas perundangan Negeri Sembilan.

Apabila digabungkan dengan peruntukan dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959, khususnya berkaitan kuasa institusi adat, satu kesimpulan tidak dapat dielakkan iaitu

‘Undang’ bukan entiti luar. Mereka adalah sebahagian daripada struktur kedaulatan negeri itu sendiri.

Lebih daripada itu, dalam konteks Negeri Sembilan, konsep kedaulatan bukan bersifat tunggal tetapi kolektif di mana Undang Yang Empat memainkan peranan penting dalam kesinambungan institusi Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan. Maka, setiap keputusan yang dibuat bukan tindakan bebas tetapi sebahagian daripada mekanisme Raja itu sendiri.

Justeru, dakwaan bahawa tindakan Undang adalah tidak berpelembagaan atau bersifat penderhakaan jelas tersasar. Jika undang-undang tertinggi negara sendiri mengiktiraf kedudukan mereka, bagaimana mungkin ia boleh diputar menjadi naratif politik sempit?

Perlu dibezakan dengan tegas jika wujud kelemahan dalam prosedur atau siasatan, itu adalah isu pentadbiran yang boleh diperhalusi. Namun, ia tidak sama sekali menjadikan sesuatu tindakan itu haram atau tidak sah dari sudut perlembagaan.

Malah, jika benar Undang tidak mempunyai kuasa, mengapa peruntukan dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959 memperincikan peranan tersebut? Dan mengapa Perlembagaan Persekutuan sendiri mengiktiraf mereka sebagai sebahagian daripada entiti Raja?

Akhirnya, dalam polemik seperti ini, rakyat tidak harus disuap dengan retorik menakut-nakutkan. Yang diperlukan adalah kefahaman jernih bahawa Negeri Sembilan berdiri atas asas adat dan perlembagaan yang tersendiri dan menghormati struktur ini bukan pilihan tetapi kewajipan.

Dan UMNO berbeza dengan pihak lain yang panik dan takut hilang kuasa. UMNO dari awal sejak berzaman mengambil sikap berkecuali dalam urusan adat di Negeri Sembilan.

Mungkin bekas Timbalan Pendakwa Raya lupa tentang kata-kata ini, “Salah satu terkorban, semua terkorban. Dua-dua dipertahankan, dua-dua hidup”




https://www.facebook.com/share/p/1DNyo2eD5d/?mibextid=wwXIfr

Tangkap layar dari bekas Timbalan Pendakwaraya yang dimuat naik di akaun media sosial beliau mengenai Seksyen 121B KK menunjukkan beliau begitu serius cuba meletakkan kesalahan ke atas Undang Yang Empat di dalam isu melucutkan takhta Tuanku dan cuba menggambarkan Undang Yang Empat bersalah dari segi undang-undang?

Bekas Timbalan Pendakwa Raya sengaja sembunyikan kaedah pengisyitiharan Tuanku Yang Tuan Besar Negeri Sembilan?

Adakah bekas Timbalan Pendakwa Raya cuba menutup sejarah tentang siapa yang memilih, siapa yang mengisytiharkan Tuanku sebelum pemakaman Tuanku terdahulu:

1. Perjanjian 1898 membentuk Persekutuan Negeri Sembilan. Yang diPertuan Seri Menanti diangkat sebagai Yang diPertuan Besar Negeri Sembilan. Keturunan Tuan Radin menjadi Yang diPertuan Besar Negeri Sembilan yang seterusnya.

Jika dihapuskan institusi undang, perjanjian 1898 terbatal. Tuanku akan turun semula sebagai Yang diPertuan Seri Menanti. Keturunan Yamtuan Radin tidak boleh lagi menjadi Yang diPertuan Besar seterusnya.

2. Terbatal Perjanjian 1898, Negeri Sembilan akan terbubar. Kuasa akan dikembalikan kepada luak masing-masing.

3. Terbatal Perjanjian 1898, UUTKNS 1959 terbatal. Hampir 50% Bahagian 1 UUTKNS 1959 merujuk kepada Perjanjian 1898.

4. Hapusnya institusi undang, UUTKNS 1959 tidak sah kerana ia ditandatangani oleh Yang diPertuan Besar Negeri Sembilan, Undang Nan Empat dan Tunku Besar Tampin.

5. Hapusnya institusi undang, Perjanjian Kemerdekaan 1957 turut terbatal kerana Undang Nan Empat dan Tunku Besar Tampin tandatangan.

6. Terbubar Negeri Sembilan, terbubarlah Persekutuan Tanah Melayu.

7. Terbubar Persekutuan Tanah Melayu, terbubarlah Malaysia.

Jadi bekas Timbalan Pendakwa Raya perlu dan wajar berhati-hati kerana kesannya yang lebih besar.

Kemelut di Negeri Sembilan bukan hanya berkisar di Negeri Sembilan. Ia akan memberi kesan kepada negara.

Soalannya, adakah tersembunyi agenda menghapuskan institusi raja dengan bermulanya serangan ke atas institusi undang.

Adakah kerana berlainan parti politik dengan Datuk Seri Haji Jalaluddin Haji Alias maka tindakan betul dan benar dari beliau cuba dikelirukan dan disanggah? Apa yang Datuk Seri Jalaluddin maksudkan dengan Aminuddin gagal menyelesaikan kemelut ini dengan teliti adalah perkara fakta. Ini bukan kaitan mengenai politik.

Kemelut ini perlu diselesaikan dengan segera oleh Kerajaan Negeri. Ini bukan mengenai siapa yang mentadbir negeri atau menjadi Menteri Besar.Ini melibatkan institusi raja dan negara.

Jangan semberono kata Perjanjian 1898 tidak sah kerana jika tiada Perjanjian 1898 maka tidak ada Negeri Sembilan.

Perjanjian ini ditandatangani semula pada tahun 1934. Perjanjian ini mengandungi 20% lagi dalam UUTKNS 1959.

Kenapa PH tiba-tiba mencipta konspirasi teori yang bukan-bukan setelah propaganda jahat ‘tebuk atap’ gagal?





Comments

Penafian (Disclaimer)

Segala maklumat yang dikongsi di laman ini adalah untuk tujuan maklumat umum sahaja. Walaupun setiap usaha telah dilakukan untuk memastikan ketepatan dan kesahihan maklumat yang disampaikan, pihak kami tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan, kekeliruan, atau kerugian yang mungkin timbul daripada penggunaan maklumat tersebut. Sebarang bahan poster, pautan ke laman pihak ketiga hanya untuk kemudahan pengguna dan tidak bermakna kami mengesahkan kandungan di laman berkenaan. Pengguna digalakkan untuk membuat semakan dan pertimbangan sendiri sebelum mengambil sebarang tindakan berdasarkan maklumat yang terdapat di sini.