Kemelut yang melibatkan institusi adat Negeri Sembilan kini semakin celaru apabila timbul pula persoalan masih belum terjawab seolah ianya satu misteri, mengapa minit mesyuarat yang menjadi rujukan utama tidak diserahkan kepada pihak berkaitan?
Dalam mana-mana proses yang melibatkan keputusan besar, khususnya berkaitan pelucutan jawatan dalam kerangka Adat Perpatih, dokumentasi rasmi adalah elemen kritikal. Tanpa rekod tersebut, bagaimana sesuatu tindakan boleh disahkan sebagai mematuhi syarat dan tertib adat yang telah ditetapkan?
Inilah yang kini menjadi tanda tanya besar. Apabila tindakan diambil termasuk pelucutan jawatan tetapi bukti serta rekod tidak dikongsikan, persepsi yang timbul adalah jelas, adakah proses itu benar-benar sah dari sudut adat?
Keadaan menjadi lebih sensitif apabila langkah susulan dilihat dilakukan secara tergesa-gesa. Tindakan mengosongkan Balai Rong yang telah didiami selama puluhan tahun, diikuti dengan pelantikan baharu dalam tempoh singkat, menimbulkan persoalan tentang kewajaran dan ketelitian proses tersebut. BACA di SINI tentang keabsahan perlantikan Undang yang baharu.
Lebih mengundang perdebatan, pelantikan seorang individu yang jauh lebih muda sebagai Undang kanan turut dipersoalkan. Dalam sistem adat yang menitikberatkan pengalaman, kebijaksanaan dan susunan hierarki, persoalan mula timbul, adakah semua pertimbangan telah diambil kira? Adakah tiada calon lain yang lebih senior dan berpengalaman dalam luak tersebut?


Comments
Post a Comment