Kemelut penghantaran tiga ekor gajah Asia iaitu Dara, Amoi dan Kelat ke Jepun kini memasuki fasa baharu apabila fakta penting mula terdedah.
Persoalan yang sebelum ini berlegar-legar akhirnya terdedah siapakah sebenarnya menteri yang bertanggungjawab ketika keputusan itu dibuat.
Jawapannya jelas merujuk kepada rekod rasmi. Pada ketika proses kerjasama dengan Tennoji Zoo, Osaka berlangsung, kementerian berkaitan dipimpin oleh Nik Nazmi Nik Ahmad, bukannya Dato Sri Arthur Joseph Kurup seperti yang cuba digambarkan dalam naratif semasa.
![]() |
SUMBER |
Bukti ini bukan sekadar dakwaan. Ia disokong oleh kenyataan rasmi yang dimuat naik oleh Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) pada 12 Februari 2025, jauh sebelum pertukaran kepimpinan berlaku. Dalam kenyataan tersebut, dinyatakan dengan jelas bahawa satu sesi lawatan hormat telah diadakan antara pihak Osaka Tennoji Zoo dan Menteri ketika itu, bagi membincangkan kerjasama dalam Program Konservasi Gajah Asia.
Lebih signifikan, pertemuan itu turut melibatkan pegawai kanan kerajaan termasuk wakil tertinggi Jabatan PERHILITAN. Ini menunjukkan bahawa perbincangan tersebut bukan bersifat kecil atau tidak rasmi tetapi sebahagian daripada proses yang terancang dan berstruktur.
Jika perbincangan telah berlangsung di peringkat kementerian pada waktu itu, sejauh mana pengetahuan dan peranan kepimpinan ketika itu dalam keputusan menghantar gajah-gajah berkenaan ke luar negara?
Lebih penting, mengapa kini wujud persepsi yang seolah-olah meletakkan beban tanggungjawab kepada pihak lain?
Dalam isu melibatkan khazanah negara dan kebajikan hidupan liar, rakyat berhak mengetahui keseluruhan proses, daripada peringkat rundingan hingga pelaksanaan.
Pada masa sama, pendekatan semasa yang diambil oleh Arthur Joseph Kurup yang menekankan aspek kebajikan dan membawa pulang semula gajah-gajah tersebut menunjukkan responsif terhadap sensitiviti rakyat.
Isu ini bukan sekadar tentang tiga ekor gajah. Ia tentang akauntabiliti, ketelusan, dan kejujuran dalam membuat keputusan melibatkan ‘aset semula jadi negara’.
Nik Nazmi Nik Ahmad perlu tampil menjelaskan apa sebenarnya yang berlaku di sebalik keputusan ini?



Comments
Post a Comment