Malaysia Hot

Algeria rombak skuad buru tiket pusingan kalah mati


KANSAS CITY, Amerika Syarikat: Pengendali Algeria, Vladimir Petkovic melakukan empat perubahan dalam kesebelasan utama bagi aksi penentuan Kumpulan J menentang Austria, termasuk menukar penjaga gol apabila Oussama Benbot menggantikan Luca Zidane.

Pemain pertahanan Jaouen Hadjam turut disenaraikan menggantikan Rayan Ait-Nouri ketika Petkovic menyegarkan skuadnya dalam usaha memburu keputusan yang diperlukan untuk mara ke pusingan kalah mati.

Jurulatih Austria, Ralf Rangnick pula melakukan tiga pertukaran.

Pemain tengah, Houssem Aouar dan Nabil Bentaleb diturunkan menggantikan Ramiz Zerrouki serta Hicham Boudaoui.

Kemenangan atau keputusan seri akan menjamin kemaraan mana-mana pasukan.

Namun naib juara kumpulan bakal berdepan juara Eropah, Sepanyol.

Kedua-dua jurulatih menolak spekulasi mengenai kemungkinan bermain untuk mendapatkan keputusan tertentu ketika sidang media praperlawanan.

Perlawanan ini turut mengimbau sejarah hitam Piala Dunia 1982 apabila Austria dan Jerman Barat beraksi dalam perlawanan yang menguntungkan kedua-dua pihak hingga menyebabkan Algeria tersingkir dalam insiden yang dikenali sebagai "Aib Gijon".

Kesebelasan utama

Algeria: Oussama Benbot, Aissa Mandi, Riyad Mahrez, Houssem Aouar, Amine Gouiri, Fares Chaibi, Jaouen Hadjam, Rafik Belghali, Nabil Bentaleb, Ramy Bensebaini, Ibrahim Maza.

Austria: Alexander Schlager, Stefan Posch, David Alaba, Xaver Schlager, Nicolas Seiwald, Marcel Sabitzer, Romano Schmid, Konrad Laimer, Phillip Mwene, Philipp Lienhart, Marko Arnautovic. – REUTERS
Previous Post Next Post

نموذج الاتصال