KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang melanda beberapa kawasan di Sarawak, Sabah dan Labuan hingga jam 12 tengah hari ini.
Menerusi amaran dikeluarkan pada jam 8.55 pagi, METMalaysia memaklumkan, keadaan cuaca itu dijangka berlaku di Serian, Sarawak.
Cuaca sama turut diramalkan bagi Sabah, membabitkan Pedalaman (Kuala Penyu dan Beaufort), Pantai Barat dan Kudat.
Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.
Sumber.
Tags
Berita

