Menjawab kenyataan dari poster yang sedar diedarkan dan poster ini jauh dari realiti serta memberi gambaran yang salah.
PH cuba memisahkan PH 1.0 daripada Anwar Ibrahim, sedangkan pada ketika itu PKR merupakan komponen utama kerajaan dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail merupakan Timbalan Perdana Menteri Malaysia.
Poster tersebut cuba memberi gambaran bahawa kelewatan Hospital Pasir Gudang hanya berlaku ketika era Tun Dr Mahathir Mohamad dan tiada kaitan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Hakikatnya, kerajaan PH 1.0 bukan kerajaan Mahathir semata-mata.
Ketika projek Hospital Pasir Gudang diumumkan untuk disemak semula pada Mei 2018, PKR merupakan parti terbesar dalam Pakatan Harapan. Presiden PKR ketika itu ialah Datuk Seri Anwar Ibrahim manakala Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri Malaysia.
Jika kejayaan kerajaan PH 1.0 hari ini mahu dikreditkan kepada seluruh Pakatan Harapan, mengapa keputusan yang menimbulkan kontroversi pula mahu diletakkan atas bahu Mahathir seorang?
Rakyat masih ingat bahawa keputusan menyemak semula pelbagai projek selepas PRU14 bukan hanya melibatkan Hospital Pasir Gudang. Banyak projek infrastruktur di seluruh negara turut melalui proses yang sama atas nama semakan dan rasionalisasi.
Apa yang lebih penting, isu yang dibangkitkan bukan siapa menandatangani fail tetapi mengapa projek yang telah diluluskan dan melalui majlis pecah tanah perlu disemak semula selepas pertukaran kerajaan.
Jika PH mahu mengambil kredit apabila projek akhirnya siap, PH juga perlu menerima tanggungjawab terhadap keputusan yang menyebabkan projek tersebut tertangguh.
Menyalahkan Mahathir semata-mata sambil menafikan peranan PKR dalam kerajaan ketika itu tidak mengubah fakta bahawa PH 1.0 adalah kerajaan gabungan yang turut dianggotai oleh parti pimpinan Anwar Ibrahim.
Rakyat tidak melihat logo parti di atas kertas keputusan kerajaan. Rakyat melihat siapa yang berada dalam Kabinet ketika keputusan itu dibuat.
Jika kejayaan Hospital Pasir Gudang hari ini mahu dikongsi oleh seluruh Pakatan Harapan, mengapa keputusan menyemak semula projek itu tiba-tiba mahu dipikul oleh seorang individu sahaja?

.jpeg)
.jpeg)