MONTERREY, Mexico: Jepun akan mengharapkan sentuhan Daichi Kamada dan Junya Ito untuk mengisi kekosongan kreatif ditinggalkan Takefusa Kubo yang cedera menjelang aksi Kumpulan F menentang Tunisia sebentar lagi.
Pengendali Hajime Moriyasu terpaksa merombak jentera serangan selepas Kubo diketepikan, sekali gus membuka ruang kepada Kamada dan Ito untuk memikul tanggungjawab utama di bahagian tengah dan serangan.
Jepun turut menurunkan Takehiro Tomiyasu dalam barisan pertahanan bagi memperkukuh benteng ketika berdepan Tunisia yang memburu kebangkitan selepas kekalahan pada aksi pertama.
Tunisia pula mengekalkan Aymen Dahmen sebagai penjaga gol, selain mengharapkan gandingan Hannibal Mejbri dan kapten Ellyes Skhiri untuk mengemudi bahagian tengah.
Skuad Afrika Utara itu dijangka mengekalkan struktur lebih stabil selepas prestasi hambar dalam perlawanan pertama.
Tunisia: Aymen Dahmen; Ali Abdi, Montassar Talbi, Omar Rekik, Dylan Bronn, Yan Valery, Hannibal Mejbri, Ellyes Skhiri, Anis Ben Slimane, Sebastian Tounekti, Elias Saad.
Jepun: Zion Suzuki; Ko Itakura, Hiroki Ito, Takehiro Tomiyasu, Ao Tanaka, Ritsu Doan, Keito Nakamura, Junya Ito, Daichi Kamada, Kaishu Sano, Ayase Ueda. – REUTERS
Tags
Sukan

