Malaysia Hot

Turkmenistan Bukan Cerita Baharu - A. Kohilan Pillay

A. Kohilan Pillay

Sekali lagi, kita dikejutkan dengan pengumuman bahawa PMX berkunjung ke Turkmenistan untuk mendapatkan dan mencari sumber gas, seolah-olah Malaysia baru sahaja mula bertapak di negara tersebut.

Menurut A. Kohilan di facebook miliknya, PETRONAS telah beroperasi di Turkmenistan sejak tahun 1996 sebagai pengendali utama. Aset tersebut mempunyai akses kepada lebih 7 trilion kaki padu sumber gas dan kini menghasilkan kira-kira 400 juta kaki padu gas sehari.

Persoalan yang timbul ialah mengapa pegangan PETRONAS dalam Blok I dikurangkan pada Mei 2025 apabila syarikat dari Abu Dhabi, XRG, mengambil alih 38% kepentingan, manakala syarikat milik kerajaan Turkmenistan, Hazarnebit, memperoleh 5%, sekali gus menjadikan pegangan PETRONAS tinggal 57%.

Mengapa sebahagian kepentingan dalam aset gas yang dibangunkan dan diusahakan oleh PETRONAS selama hampir 30 tahun diserahkan kepada pihak lain?

Berapakah nilai sebenar urus niaga tersebut? Sehingga kini, butiran kewangan perjanjian itu masih belum didedahkan kepada umum.

Justeru, adakah ini benar-benar kisah mengenai usaha mencari gas di Turkmenistan sedangkan sebahagian pegangan Malaysia dalam aset gas negara itu telah pun dilepaskan?

Jika matlamatnya adalah untuk menjamin bekalan tenaga masa depan Malaysia demi kepentingan negara dan generasi akan datang, rakyat berhak mengetahui rasional sebenar di sebalik keputusan tersebut serta manfaat yang bakal diperoleh negara hasil lawatan ini.

Rakyat mahukan penjelasan, bukan sekadar slogan.

Menurut sumber lain pula, penjualan kepentingan Petronas di Turkmenistan pada tahun 2025 terkait dengan seseorang yang begitu berkuasa di Malaysia?

Malah sumber memberitahu bahawa wujudnya kroni, “Mr F” yang dikatakan terlibat dalam urusan penjualan kepentingan Petronas tersebut?

Tambah sumber, kenapa tiada pengumuman dibuat oleh pemerintah Malaysia tentang penjualan ini. Bayangkan usaha 30 tahun dilepas oleh Petronas. Siapa yang memberi arahan?

Apakah tender terbuka antarabangsa dibuat untuk penjualan kepentingan itu?

Adakah sudah hilang tatakelola tentang tender terbuka? Di mana ketelusan dan kemana pula tadbir urus yang baik?

Penjualan kepentingan di Blok 1 yang terletak di Laut Caspian dengan kemampuan pengeluaran 400 juta kaki padu gas asli setiap hari hanya menimbulkan spekulasi amalan rasuah dan ditujukan kepada PMX dan pembabtitan kroni mula menular?

Persepsi yang sedang kencang bertiup sekarang dan begitu mengejutkan ialah “Mr F” dilaporkan ke sana sini dengan ‘private jet’. Membuat ‘deal’ perniagaan bagi banyak projek kerajaan dan Anwar membiarkan perkara ini?

Cerita tentang ‘orang kanan’ Anwar yang terkini belum reda, timbul pula tentang “Mr F” yang begitu bebas keluar masuk pejabat Anwar sedang dicanang. Kes Shamsul Iskandar Mat Akin dikatakan mula sepi seperti cuba ditutup rapat. Namun kisah “Mr. F” tetap hangat di kalangan pemerhati politik.

“Tak ubah seperti ayam berkokok berdegar degar ekor penuh bergelumang tahi” – pemerhati politik.
Previous Post Next Post

نموذج الاتصال