Malaysia Hot

Kereta Dipenuhi Rokok Seludup Ditinggalkan Selepas Dikejar Pihak Berkuasa


TUMPAT: Seorang penyeludup bertindak meninggalkan keretanya dan melarikan diri ke kawasan belukar selepas menyedari kehadiran pihak berkuasa di Kampung Pulau Ular, Pengkalan Kubor, semalam.

Komander Briged Tenggara Pasukan Gerakan Am (PGA), Senior Asisten Komisioner Ahmad Radzi Hussain berkata, sepasukan anggota dari Batalion 8 PGA mengesan sebuah kereta dalam keadaan mencurigakan kira-kira jam 2.30 petang.

Menurut beliau, pemandu kenderaan tersebut memecut ke arah kawasan belukar di Kampung Kok Pauh selepas menyedari dirinya diekori pihak berkuasa sebelum meninggalkan kereta dan melarikan diri dengan berjalan kaki.

“Anggota PGA telah menjalankan usaha mengesan suspek namun gagal menemukannya. Pemeriksaan ke atas but kereta menemui beberapa kotak yang mengandungi 3,000 batang rokok seludup bernilai RM5,610,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ahmad Radzi berkata, rokok tersebut dipercayai diseludup dari Thailand untuk dipasarkan di sekitar Kota Bharu.

Kesemua barang rampasan telah diserahkan kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967.

Sumber.
Previous Post Next Post

نموذج الاتصال