Vancouver: Majikan di Sweden dijangka berdepan peningkatan ketidakhadiran pekerja dalam tempoh singkat apabila demam Piala Dunia melanda negara itu.
Analisis yang dijalankan oleh agensi kerajaan, Statistics Sweden, mendapati kadar ketidakhadiran pekerja meningkat dengan ketara setiap kali berlangsung kejohanan bola sepak utama itu sepanjang dua dekad lalu.
Negara yang terkenal dengan keseimbangan antara kehidupan dan pekerjaan itu menyaksikan ramai pekerja dijangka memulakan cuti musim panas lebih awal daripada kebiasaan atau mengambil cuti sehari semata-mata untuk mengikuti aksi Piala Dunia, terutama apabila banyak perlawanan berlangsung pada waktu malam di Eropah.
Sweden yang kini mendahului Kumpulan F selepas membelasah Tunisia 5-1 pada aksi pembukaan bakal menentang Belanda yang berada di tangga ketiga kumpulan dalam perlawanan kedua di Houston, Ahad ini.
"Ketidakhadiran singkat dari tempat kerja adalah 19 peratus pada minggu-minggu dalam bulan Jun dan Julai yang tidak mempunyai kejohanan bola sepak.
Pemain sayap Sweden, Anthony Elanga yang masuk sebagai pemain gantian ketika menentang Tunisia berkata, kejohanan itu memberi impak besar kepada rakyat negaranya.
"Memang luar biasa apa yang boleh dilakukan kejohanan seperti ini kepada Sweden dan seluruh rakyat Sweden.
"Sangat menarik melihat semua orang bersatu dan betapa penting serta kuatnya pengaruh bola sepak. Kami berharap dapat terus menggembirakan rakyat dengan memenangi lebih banyak perlawanan," katanya.
Statistics Sweden menjalankan analisis terhadap data antara tahun 2005 hingga 2025 dan mendapati kebarangkalian seseorang pekerja mengambil cuti atau tidak hadir untuk tempoh singkat meningkat sehingga 57 peratus ketika berlangsung kejohanan bola sepak antarabangsa berbanding minggu biasa dalam bulan Jun dan Julai.
Menurut Johansson, ketidakhadiran itu tidak semestinya berpunca sepenuhnya daripada kejohanan bola sepak.
"Bagaimanapun, statistik menunjukkan peluang untuk tidak hadir bekerja meningkat ketika berlangsung Kejohanan Eropah atau Piala Dunia," katanya.
Sumber.
Tags
Sukan

