Malaysia Hot

Betis Kane berbalut selepas kalahkan Croatia


ARLINGTON: Kapten England, Harry Kane mencetuskan kebimbangan berdepan kecederaan pada Piala Dunia 2026 selepas dia dilihat memakai balutan pada bahagian betisnya.

Dia meledak dua gol ketika membantu skuad The Three Lions menewaskan Croatia 4-2 dalam aksi pembukaan Kumpulan L, awal pagi tadi.

Kane menyempurnakan sepakan penalti sebelum satu lagi gol dihasilkan menerusi tandukan yang menjadikan jumlah jaringannya di Piala Dunia meningkat kepada 10 gol dan menyamai rekod milik Gary Lineker.

Jude Bellingham dan Marcus Rashford pula menjaringkan gol pada separuh masa kedua untuk memastikan tiga mata penting buat England.

Kane bagaimanapun bermain penuh 90 minit tanpa dikeluarkan dalam perlawanan pembukaan itu dan satu perkembangan positif buat penyokong England.

Namun kebimbangan turut membabitkan Declan Rice yang dilihat mengalami sedikit kesakitan dan digantikan oleh Morgan Rogers.

Jurulatih England, Thomas Tuchel turut menambah kebimbangan dengan berkata: "Kita lihat nanti. Saya harap mereka OK."

"Kami keletihan, tetapi saya suka melihat pemain yang kepenatan di bilik persalinan. Ia menunjukkan tekanan yang dihadapi dan ini adalah perlawanan pertama."

Rice bagaimanapun meredakan kebimbangan apabila menjelaskan dia hanya mengalami kesakitan kecil yang sudah lama dialami.

"Hanya kecederaan yang saya sudah tanggung sejak bersama Arsenal, sedikit kesakitan. Namun, saya dalam keadaan baik, hanya langkah berjaga-jaga dan saya akan kembali beraksi menentang Ghana."

Sumber.
Previous Post Next Post

نموذج الاتصال