Malaysia Hot

Debat: Tiada Keperluan Berikan Talian Hayat Kepada PH di PRN Johor


"Sun Tzu pernah berkata: 'The clever combatant imposes his will on the enemy, but does not allow the enemy's will to be imposed on him"
Maksudnya mudah, jangan biarkan pihak lawan menentukan medan permainan, mengawal agenda atau memaksa kita mengikut naratif yang memberi kelebihan kepada mereka.

Dalam politik, kemenangan bukan sekadar bergantung kepada siapa paling lantang bercakap, tetapi siapa yang berjaya menetapkan isu yang benar-benar dekat di hati rakyat.

Ketika momentum memihak kepada kepimpinan Johor dan Barisan Nasional, fokus sewajarnya kekal kepada rekod pentadbiran, dasar serta tawaran kepada rakyat. Tidak semua cabaran perlu disambut jika ia hanya mengalihkan perhatian daripada agenda utama.

Jangan beri lawan pentas untuk menentukan rentak. Kekalkan fokus, kuasai naratif, dan biarkan prestasi menjadi jawapan."

"Jangan bermain di gelanggang yang dipilih lawan. Cipta gelanggang sendiri, kuasai naratif sendiri, dan biarkan rekod serta prestasi berbicara. Dalam strategi, mengawal agenda lebih penting daripada sekadar menjawab setiap provokasi." Kata pemerhati politik.

“Jangan beri talian hayat kepada Maszlee Malik kerana beliau hanyalah umpan untuk alihkan perhatian. Calon MB Johor yang sebenar adalah orang lain, esok saya akan dedahkan” ujarnya lagi
Previous Post Next Post

نموذج الاتصال