Malaysia Hot

Undi Awal: Paksa Anggota Polis Undi PH?


Tular tangkap layar aplikasi WhatsApp kumpulan yang bernama “Geng Balai” yang mendedahkan arahan untuk mengundi parti PH hari ini dan dikatakan arahan tersebut datangnya dari Menteri KDN, Saifuddin Nasution.




Jika benar maka ini menyalahi peraturan SPR.

1. Seksyen 9, Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 – Pengaruh Tidak Wajar (Undue Influence)

Jika arahan itu disertai ugutan, tekanan, penyalahgunaan kedudukan atau apa-apa bentuk paksaan untuk mempengaruhi cara seseorang mengundi, ia boleh menimbulkan isu di bawah Seksyen 9 mengenai "undue influence".

2. Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993

Jika arahan itu diberikan kepada penjawat awam, ia juga boleh melanggar kewajipan berkecuali dalam perkhidmatan awam dan boleh menimbulkan tindakan tatatertib terhadap pegawai yang menyalahgunakan kedudukan rasmi.

3. Kod Etika Pilihan Raya dan garis panduan SPR

SPR secara konsisten menegaskan bahawa jentera kerajaan dan penjawat awam tidak boleh digunakan untuk memberi kelebihan kepada mana-mana parti politik sepanjang pilihan raya.

Menurut sumber bilik gerakan Stulang Laut, ada pihak akan membuat laporan polis terhadap Saifuddin hari ini.
Previous Post Next Post

نموذج الاتصال