Malaysia Hot

Puad Zarkashi Keluar Parti Kerana UMNO Dikawal Oleh Kebawah Duli Tuanku – Lokman Adam


Menurut Datuk Lokman Adam, Puad memang seorang yang kuat merajuk dan ini bukan kali pertama Puad menimbulkan masalah dengan perangainya itu. Kali ini rajuk Puad sehingga mengambi keputusan keluar dari UMNO.

Datuk Lokman Adam yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO mendedahkan bahawa Puad mengguna alasan bahawa beliau bertindak keluar parti UMNO kerana mendakwa UMNO Johor telah dikawal oleh Istana Johor dan tidak bebas. Ini satu pertuduhan yang serius.

Tambah Datuk Lokman, ini bukan kali pertama Puad merajuk dan keluar parti, Sebelum ini beliau keluar dari PAS juga kerana merajuk. Malah pada pilihanraya pada tahun 2013, apabila Puad tidak dicalonkan sebagai ahli parlimen Batu Pahat, Puad mengugut UMNO dengan menyatakan hasratnya ingin bertanding bebas. Namun beliau membatalkan hasrat tersebut apabila dipanggil oleh Kebawah Duli Tuanku.

Natijah dari perangai buruknya itu, Puad kalah teruk dalam pemilihan jawatan Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO pada ketika itu. Ahli UMNO menghantar isyarata meluat dengan perangai individu yang menggunakan UMNO sebagai tunggangan untuk kepentingan politik peribadi. Walaupun tidak dicalonkan sebagai wakil ahli parlimen UMNO, Puad diberikan jawatan Ketua Pengarah JASA, satu kedudukan yang begitu tinggi, Jusa ‘A’ sedangkan hakikatnya taraf Ketua Pengarah Jasa hanya Jusa ‘C’ sahaja.

Datuk Lokman menjelaskan bahawa Puad sebenarnya keluar dari UMNO tiada kena mengena dengan campurtangan UMNO. “Puad begitu yakin, walaupun beliau tidak bertanding namun anaknya akan diberi laluan untuk meggantikan..” kata Datuk Lokman lagi.

“Saya tidak tahu bagaimana dia merasakan bahawa bila dia dah tak jadi wakil rakyat maka mesti digantikan dengan anak kita..”

“Parti ini bukan parti mak bapak kita”

“Parti ini bukan parti warisan turun temurun anak beranak”

“Kalau kebetulan anak kita tu bagus dan ada kelebihan, tak mustahil dia boleh digantikan..”

Datuk Lokman turut menyentuh tentang hasil kerja anak Puad di rumah. Rancangan podcast mereka, “Omar-Puad” belum sampai kepada tahap popular, kadar capaian dan jangkauan jauh lagi dari sebuah hasil kerja untuk dinamakan sebagai rancangan paling viral.

Adakah Puad beranggapan, anaknya layak menjadi calon pilihanraya hanya kerana beliau ada rancangan podcast yang jumlah tontonan dan capaiannya begitu rendah.

“Macam mana kalau buat podcast tu nak mewajibkan parti ambil anak dia sebagai calon pilihanraya menggantikan dia..”

“Puad pun bertanding sebagai Ketua Bahagian, dia kalah..”
Previous Post Next Post

نموذج الاتصال