SEPANG: AirAsia mengeluarkan amaran kepada pencari kerja supaya sentiasa berwaspada terhadap laman sesawang palsu yang menyamar sebagai portal kerjaya rasmi syarikat itu.
Syarikat penerbangan tambang rendah itu dalam satu kenyataan, hari ini, memaklumkan sebuah laman sesawang pengambilan pekerja palsu didapati sedang tular dan menyasarkan mereka yang berhasrat mencari kerja.
"Penipuan itu meniru laman kerjaya rasmi AirAsia bagi mengumpulkan maklumat peribadi dan menuntut bayaran sebagai yuran pemprosesan untuk meneruskan proses pengambilan pekerja palsu," katanya.
AirAsia sekali gus menjelaskan, portal kerjaya rasmi syarikat itu hanya http://careers.airasia.com dan pihaknya tidak pernah mengenakan sebarang yuran pemprosesan untuk permohonan kerja.
AirAsia memaklumkan akan terus memantau aktiviti penipuan seperti itu, dan menggalakkan orang ramai untuk mengesahkan semua maklumat pengambilan pekerja melalui saluran rasmi.
Sumber.
Tags
Berita

