Malaysia Hot

Bilik server trafik IPD Gombak terbakar


GOMBAK: Bilik server milik Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak dilaporkan mengalami kemusnahan kira-kira 50 peratus dalam kejadian kebakaran, semalam.

Bagaimanapun, insiden berkenaan tidak membabitkan sebarang kehilangan nyawa atau kecederaan serta tiada sebarang unsur khianat dikesan di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Ibrahim Husin berkata, Pusat Kawalan Daerah (PKD) Gombak menerima maklumat berhubung insiden berkenaan pada jam 4.04 petang.

"Susulan itu, Pusat Kawalan IPD Gombak menghubungi pihak bomba untuk tindakan selanjutnya.

"Pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selayang bertindak memadamkan api, dan kebakaran berjaya dikawal sepenuhnya pada jam lebih kurang 4.50 petang," katanya dalam kenyataan media.

"Hasil maklumat awal pihak bomba, kebakaran berkenaan menyebabkan kemusnahan sebanyak 50 peratus.

"Tiada kemalangan jiwa yang berlaku dan tiada unsur jenayah dan khianat. Kebakaran berjaya dipadamkan sepenuhnya oleh pihak bomba," katanya.

Sumber.
Previous Post Next Post

نموذج الاتصال