Penampilan pelakon dan penyanyi Bella Astillah ketika muncul dalam program *Talk To My Manager 2 (TTMM2)* baru-baru ini mencuri perhatian ramai.
Menerusi satu hantaran di Threads, seorang individu memberi komen tentang gaun kuning yang dipakai Bella. Individu itu berkata dia sudah beberapa kali berkongsi pandangannya mengenai cara pemakaian Bella, tetapi kali ini dia memilih untuk tidak mengulas panjang kerana bimbang ditegur oleh pembantu peribadi (PA) Syed Saddiq.
Dia juga berharap Bella dapat menerima teguran dengan lebih terbuka. Menurutnya, sejak dikatakan bertunang dengan ahli politik itu, Bella dilihat kurang mengambil peduli terhadap komen netizen.
“Dah banyak kali saya post pasal pemakaian dia. Tapi kali ni tak nak cakap apa-apa. Takut PA Syed Saddiq sound saya lagi.
Harap dia berubah. Dulu bila orang tegur, dia ada juga minta maaf walaupun lepas tu ulang lagi. Sekarang sejak bertunang dengan orang politik, macam dah tak peduli sebab ada back up besar,” tulis individu tersebut.
Apa yang menarik perhatian ramai ialah abang kepada Syed Saddiq, iaitu Space Dollah, turut tampil membalas komen itu dan mempertahankan Bella.
Di ruangan komen pula, ramai netizen bersetuju bahawa penampilan Bella sejak kebelakangan ini dilihat lebih berani dan seksi berbanding sebelum ini.



