Malaysia Hot

Neymar dijangka kembali lawan Scotland


PHILADELPHIA, Amerika Syarikat: Carlo Ancelotti menjangkakan Neymar akan kembali memperkuatkan Brazil ketika juara dunia lima kali itu berdepan Scotland pada aksi terakhir Kumpulan C Piala Dunia pada Rabu depan.

Bintang berusia 34 tahun itu sedang menjalani proses pemulihan daripada kecederaan otot betis yang dialaminya dan kali terakhir beraksi bersama Santos dalam saingan liga utama Brazil pada 17 Mei lalu.

Selepas Brazil menewaskan Haiti 3-0 pada perlawanan kedua kumpulan, Ancelotti mengesahkan perkembangan positif membabitkan pemain berpengalaman itu.

"Neymar akan menjalani latihan secara individu esok dan pada Isnin dia akan kembali berlatih bersama pasukan.

Bagaimanapun, apabila diturunkan, dia tetap memberikan impak besar dengan meledak dua gol dan mencipta tiga bantuan jaringan dalam empat penampilan.

Dalam perkembangan lain, Ancelotti belum membuat keputusan sama ada akan terus mengekalkan Matheus Cunha sebagai penyerang utama selepas pemain itu menjaringkan dua gol ketika menentang Haiti.

Cunha diturunkan dalam kesebelasan utama menggantikan Igor Thiago selepas hanya beraksi sebagai pemain gantian ketika Brazil seri 1-1 dengan Maghribi dalam perlawanan pembukaan.

"Mungkin," jawab Ancelotti apabila ditanya sama ada Cunha akan terus mengisi posisi penyerang tengah.

"Saya fikir posisi Matheus sangat baik untuk mencipta masalah kepada pertahanan lawan.

"Dia melakukan hantaran dengan baik dan kedudukannya membantu meningkatkan keberkesanan jentera serangan pasukan.

"Ia boleh menjadi satu pilihan. Kami sudah berbincang mengenainya semalam. Saya tidak mahu pasukan mempunyai identiti yang terlalu tetap. Mungkin kami akan mengubahnya dalam perlawanan seterusnya," katanya.

Brazil kini mengungguli Kumpulan C dengan empat mata, berkongsi jumlah yang sama dengan Maghribi tetapi memiliki kelebihan perbezaan jaringan.

Maghribi sebelum itu menewaskan Scotland 1-0 untuk terus memberi tekanan dalam perebutan kedudukan teratas kumpulan. – REUTERS
Previous Post Next Post

نموذج الاتصال