Malaysia Hot

Pemain Curacao berjuang seperti singa - Advocaat


KANSAS CITY, Amerika Syarikat: Jurulatih Curacao, Dick Advocaat meluahkan rasa bangga terhadap pemainnya selepas mereka meraih mata pertama dalam sejarah Piala Dunia susulan keputusan seri 0-0 dengan Ecuador, pagi tadi.

Bekas pengendali Belanda itu berkata keputusan berkenaan menjadi hadiah buat rakyat Curacao yang terus memberikan sokongan walaupun pasukan mereka dibelasah 1-7 oleh Jerman pada aksi sulung kejohanan enam hari lalu.

"Rakyat Curacao memberikan sokongan kepada kami sejak awal lagi," kata Advocaat.

"Terutama minggu lalu selepas kekalahan 1-7, mereka masih meraikan pasukan dan penuh kegembiraan.

Advocaat mengakui sambutan hangat yang diterima pemain selepas kekalahan besar kepada Jerman memberi motivasi tambahan untuk bangkit.

"Pada perlawanan pertama saya lebih emosional kerana kami tewas 1-7, tetapi penyokong tetap menyambut pemain dengan penuh semangat," katanya.

"Biasanya selepas keputusan seperti itu anda akan dikritik, tetapi perkara sebaliknya berlaku.

"Hari ini pemain membalas sokongan itu. Ia satu detik yang cukup istimewa."

Ramai pemerhati sebelum ini bimbang format baharu Piala Dunia 48 pasukan akan menghasilkan banyak perlawanan berat sebelah, namun Advocaat percaya persembahan menentang Ecuador menunjukkan kemampuan sebenar Curacao.

"Mungkin Jerman datang terlalu awal untuk kami," katanya.

"Hari itu mereka berada pada tahap berbeza, tetapi hari ini pasukan bermain seperti yang sepatutnya.

"Mereka berjuang seperti singa dan itulah yang boleh dicapai apabila setiap pemain memberikan segalanya."

Curacao masih berpeluang mara apabila akan menentang Ivory Coast dalam aksi terakhir Kumpulan E, manakala Ecuador berdepan Jerman. – REUTERS
Previous Post Next Post

نموذج الاتصال