Malaysia Hot

Wanita didakwa bunuh wanita Indonesia


SEPANG: Seorang wanita didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang wanita warga Indonesia, di sebuah kondominium di Bandar Sunsuria, di sini, awal bulan ini. 

Tertuduh, Chin Siau Lan, 44, didakwa membunuh Puteri, di sebuah unit di Kondominum The Olive, di Bandar Sunsuria, pada jam 2.31 petang, 3 Jun lalu. 

Siau Lan yang bekerja sendiri didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan boleh dikenakan hukuman mati atau penjara selama 30 hingga 40 tahun dan jika tidak dihukum mati, hendaklah juga dikenakan sebatan tidak kurang daripada 12 kali. 

Tertuduh mengakui faham pertuduhan. Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan.

Timbalan Pendakwa Raya, V Luvithaa memohon tarikh sebutan kes bagi serahan dokumen berkaitan kes itu.

Majistret Khairatul Animah Jelani kemudian menetapkan 21 Julai ini sebagai tarikh sebutan. 

Tertuduh diwakili peguam V Ayasamy.

Sumber.
Previous Post Next Post

نموذج الاتصال