Malaysia Hot

Bekas Ahli Parlimen DAP Ramal Anthony Loke Kalah?


Dr. Ong Kian Ming, ahli strategi terkemuka Parti DAP, mantan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia (2018–2020) dan juga mantan Ahli Parlimen selama dua penggal bagi kawasan Bangi dan Serdang meramalkan bahawa Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke sukar untuk pertahankan kerusi DUN Chennah.

Anthony Loke yang juga Menteri Pengangkutan dikatakan tercalar teruk imejnya berikutan isu beliau dikatakan turut berbohong kepada masyarakat cina terutama di dalam:

1. Bersetuju dengan Anwar untuk mansuhkan tol lebuh raya dan sehingga menjadi manifesto utama Pakatan Harapan pada PRU ke-15.

2. Berjanji untuk mansuhkan kamera trafik AES yang beliau sendiri katakan menzalimi rakyat sebaliknya bila berkuasa, Anthony Loke menambahkan bilangan unit kamera tersebut dan turut menukarkan nama system tersebut kepada AWAS.

3. Turut serta sebagai perancang utama kempen ‘Tangkap Azam Baki’ dengan menjadikan pemilikan saham berlebihan Ketua Pesuruhjaya SPRM tersebut sebagai bahan protes.

4. James Chai, atau Chai Jin Shern, lebih dikenali sebagai bekas pegawai tugas-tugas khas kepada bekas Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli. Ketika beliau dicari SPRM bagi membantu siasatan berkaitan urusan kerajaan bernilai kira-kira RM1.1 bilion dengan syarikat semikonduktor Arm Holdings. Pemimpin DAP mempertahankan James Chai dan Anthony Loke pula menyerang kredibiliti SPRM dalam isu lain, kedua-duanya digabungkan dalam naratif politik yang akhirnya memberi gambaran bahawa “DAP dan Anthony Loke menyerang SPRM kerana SPRM sedang menyiasat individu yang rapat dengan kem PH.”

5. Isu penutupan ladang ternakan babi di Selangor, Anthony Loke dilihat gagal menjalankan tugasnya menyebabkan beberapa pemimpin DAP ‘tersalah’ langkah di dalam menanganinya dengan pihak Istana Selangor.

Satu perkara yang menarik, walaupun tidak lagi bertanding, Dr. Ong Kian Ming menegaskan bahawa beliau tidak bersara sepenuhnya daripada dunia politik, sebaliknya hanya mengambil pendekatan sebagai pemerhati dan penganalisis politik bebas ketika ini.

Tambah Dr Ong, gabungan persefahaman antara Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) mempunyai kelebihan awal untuk menguasai Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16. Ia berdasarkan pergerakan sentimen pengundi pada minggu pertama kempen. Bekas Ahli Parlimen Bangi, Dr Ong Kian Ming berkata, naratif perpaduan Melayu yang dibawakan oleh gabungan berkenaan mewujudkan persaingan sengit yang agak sukar dibendung oleh Pakatan Harapan (PH).

“Jika kelebihan itu diterjemahkan kepada kemenangan, jumlah kerusi yang dimenangi mungkin tidak sebanyak pencapaian di PRN Johor sebelum ini. “Tetapi, kelebihan semasa jelas memihak kepada gabungan berkenaan,” katanya.

Tambahnya lagi, perpaduan Melayu itu sangat kuat dan ia boleh diterjemahkan di kertas undi. “Kalau kita tengok, BN hanya bertanding 25 kerusi dan PN pula 11 kerusi. Tidak mungkin BN akan menang di semua kerusi tetapi jika gabungan ini berjaya sebuah kerajaan gabungan rentas parti akan berlaku.

“Ditambah dengan sentimen atau hal-hal yang berlaku terhdap PH khususnya DAP ketika berkempen di Johor beberapa minggu lalu,” katanya lagi. Jelasnya, melihat kepada corak kempen minggu pertama, ternyata DAP sudah mula menurunkan nada berkempen.

“Kita dapat lihat mereka lebih kepada perkenalkan calon dan siri-siri kejayaan kerajaan negeri. Harapannya agar ia berterusan kerana melihat kepada jumlah pengundi yang balik ke Johor meningkat dan sokong BN kerana marah dengan DAP,” katanya lagi.

Ada pemerhati politik negeri Sembilan secara tegas menyatakan bahawa Aminuddin dan Pakatan Harapan Negeri Sembilan melakukan kesilapan apabila ‘mengaku’ apa yang sedang berlaku di negeri ini termasuk prestasi ekonomi, ianya bukan kerana ini ‘Kerajaan PH’ tetapi mereka lupa bahawa Kerajaan Negeri Sembilan adalah ‘kerajaan campuran’ kerana ianya terbentuk hasil gabungan rentas parti politik ketika itu. Terdapat 4 orang exco di dalam pentadbiran Negeri Sembilan.

“Jika kadar keluar undi dalam kalangan penyokong PH merosot manakala pengundi BN dan PN meningkat, DAP berdepan risiko kehilangan kerusi manakala lima kerusi PKR serta satu kerusi Amanah turut terdedah kepada bahaya.

“Pada masa sama, situasi di kerusi panas N01 Chennah yang disandang Anthony Loke dari DAP juga dalam kedudukan kurang baik di mana komposisi pengundi Melayu dan bukan Melayu berada pada kadar seimbang sekitar 50 peratus.

“Saya tidak menolak kemungkinan BN akan menggunakan strategi saat akhir menjelang minggu kedua kempen bagi memikat pengundi di kawasan tersebut yang menyaksikan pertembungan antara Anthony dan calon dari BN iaitu Ketua Pemuda MCA Negeri Sembilan, Siow Kong Choon,” kata Dr Ong lagi.
Previous Post Next Post

نموذج الاتصال