![]() |
| Sedang tular |
Menurut sumber, Pilihanraya Negeri Sembilan kali ini bakal menyaksikan Aminuddin Harun perlu menjelaskan kepada rakyat di negeri ini kenapa beliau gagal menguruskan isu yang melibatkan kedaulatan istana Negeri Sembilan.
Kegagalan Aminuddin mengendalikan isu ini telah menimbulkan kekeliruan dan memecah-belahkan pandangan rakyat terhadap polemik yang menyentuh Adat Perpatih, sebuah warisan turun-temurun yang telah berakar umbi di Negeri Sembilan selama kira-kira 600 hingga 700 tahun.
Menurut sumber itu, pada pandangannya, Aminuddin kurang memahami sensitiviti yang berkaitan dengan Adat Perpatih kerana beliau bukannya dari ‘oarang Minang’?
Polemik yang berpanjangan itu akhirnya memuncak menjadi krisis politik apabila Aminuddin kehilangan sokongan majoriti ADUN, sekali gus membawa kepada pembubaran Dewan Undangan Negeri Sembilan.
Namun, isu ini kini dilihat oleh sebahagian pihak sebagai telah dipolitikkan, sekali gus mencetuskan persepsi bahawa kelemahan kepimpinan Aminuddin membuka ruang kepada pihak lain untuk mempengaruhi keputusan yang diambil.
Kontroversi itu turut menjadi lebih hangat apabila Anthony Loke mempertahankan Aminuddin, sekali gus mencetuskan pelbagai tafsiran dan persepsi dalam kalangan pemerhati politik. Ada yang melihat pendirian tersebut sebagai sokongan terhadap keputusan kerajaan negeri yang menyentuh Adat Perpatih, manakala pihak lain mempersoalkan implikasinya terhadap institusi adat dan sistem pemerintahan Negeri Sembilan.
Malah pendirian Anthony Loke yang mempertahankan Aminuddin telah menambahkan lagi kegusaran rakyat. Kritikan yang timbul lebih tertumpu kepada persoalan sama ada keputusan Aminuddin di dalam krisis ini kelihatan berpihak dan bukannya sebagai pendamai.
Tindakan tersebut memperlihatkan Aminuddin tidak menghormati kedudukan Adat Perpatih serta proses yang diperuntukkan dalam kerangka perlembagaan negeri?

