Malaysia Hot

Glasgow 2026: Ngeri! Nyawa hampir melayang akibat mendarat dengan leher


ACARA akhir berpasukan gimnastik lelaki dalam Sukan Komanwel Glasgow 2026 terpaksa dihentikan seketika selepas wakil England, Gabriel Langton, mengalami kecederaan serius tatkala mendarat dalam keadaan tidak sempurna sewaktu melakukan rutin.

Kepalanya atau lebih tepat bahagian leher terlebih dahulu terjatuh usai pendaratan tidak sempurna hampir memberikan mimpi ngeri buat atlet berusia 19 tahun itu. 

Dalam perkembangan sama, dia kini berada dalam keadaan sedar selepas dibawa ke hospital untuk penilaian lanjut.

"Kami berterima kasih kepada pasukan perubatan yang segera memberi bantuan," kata Pasukan England dalam satu kenyataan.

"Dia telah dibawa ke hospital dan kami akan berkongsi lebih banyak maklumat apabila ia tersedia."

Insiden itu membayangi baki pertandingan, dengan England berpuas hati dengan pingat perak di belakang Kanada selepas aksi disambung semula.

Australia meraih pingat gangsa, sekali gus meraih pingat gimnastik berpasukan lelaki pertama mereka sejak memenangi emas dalam Sukan Komanwel 2010 di Delhi.

Sumber.
Previous Post Next Post

نموذج الاتصال