Malaysia Hot

Suhaili Sertai PKR Kerana ‘Skandal MARA’?


Pengumuman Dato Indera Dr Suhaili Abdul Rahman bahawa beliau mahu mempertahankan kerusi Labuan pada Pilihan Raya Umum ke 16 menggunakan logo Pakatan Harapan menutup satu bab spekulasi, namun membuka persoalan yang jauh lebih besar tentang kesetiaan, prinsip dan harga sebuah pencalonan.

Kehadiran beliau di Kongres Nasional PKR membuktikan bahawa arah politiknya kini semakin menghampiri parti pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Pada Mac lalu, Suhaili secara terbuka menyatakan kesediaan bertanding atas tiket PKR sekiranya ditawarkan. Jika tiada tawaran, beliau turut mempertimbangkan GRS atau bertanding sebagai calon Bebas. Menurut sumber, Dato Suhaili mempunyai sejarah suka lompat parti demi kepentingan peribadinya?

Kenyataan tersebut menggambarkan seorang penyandang yang mahu mempertahankan kerusi melalui hampir setiap laluan yang tersedia. Logo seolah olah menjadi pilihan kedua. Keutamaan pertama ialah memastikan namanya terus berada di atas kertas undi.

Rekod politik Suhaili menjadikan persoalan tentang kesetiaan sukar dielakkan. Beliau pernah mewakili Labuan atas tiket UMNO dan Barisan Nasional pada 1999 serta 2004. Selepas meninggalkan UMNO, beliau menyertai Bersatu dan kembali memenangi kerusi Labuan pada 2022 sebagai calon Perikatan Nasional dengan majoriti hanya 708 undi.

Pada Oktober 2023, ketika masih menjadi ahli Bersatu, beliau mengisytiharkan sokongan kepada Anwar Ibrahim dan Hajiji Noor. Bersatu kemudiannya menggantung keahlian beliau selama enam tahun sebelum keahliannya terhenti pada Jun 2024. Sejak itu, beliau menjalankan tugas sebagai Ahli Parlimen Bebas yang menyokong kerajaan.

Spekulasi bahawa beliau mungkin menyertai GRS, Amanah atau Parti Wawasan pula mencerminkan betapa cairnya kedudukan politik beliau pada pandangan masyarakat.

Tambah sumber, ada cerita bahawa beliau memohon jawatan Ketua Bahagian PGRS Labuan atau mengadakan rundingan bagi kembali kepada Perikatan Nasional melalui Parti Wawasan?

Tegas sumber dari Kota Kinabalu lagi, semua ini ada hubungkait dengan isu MARA Corporation dan Asian Supply.

PKR juga tidak boleh berdiam diri. Jika Suhaili benar benar diterima sebagai ahli dan bakal calon PH, parti itu mesti menjelaskan proses tapisan, pendirian akar umbi PKR Labuan dan asas pemilihannya. Sebuah parti yang membawa nama Reformasi tidak boleh menuntut kesetiaan daripada lawan sambil memberikan laluan mudah kepada sesiapa sahaja yang tiba ketika musim pilihan raya semakin dekat. Malah PKR perlu ‘bersihkan’ cerita skandal yang sedang bertipup kencang itu.
Previous Post Next Post

نموذج الاتصال