Malaysia Hot

Mangsa banjir di Melaka kekal 43 orang pagi ini


MELAKA: Jumlah mangsa banjir di Melaka kekal 43 mangsa daripada 11 keluarga dengan hanya satu pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka di daerah Jasin setakat 8 pagi ini.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Melaka memaklumkan kesemua mangsa ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Tehel.

Kesemua mangsa adalah penduduk dari Kampung Gapam, Kampung Lubok Kasau dan Kampung Tehel (Parit Lampung dan Tanjung Labuh).

-- BERNAMA
Previous Post Next Post

نموذج الاتصال