Malaysia Hot

Manifesto ‘Copy Paste’ Umpama Hidangan “Pil Kuda”


Manifesto adalah janji dan biasanya dibuat untuk menyakinkan rakyat bahawa inilah fokus sesebuah parti politik kepada rakyat dan negeri apabila menjadi kerajaan.

Manifesto bukan dibuat di dalam masa sehari atau seminggu atau ketika pilihanraya. Itu bukan manifesto, itu hanyalah himpunan mimpi yang digariskan dengan harapan rakyat termakan dengan umpan yang disediakan.

Hasil jual mimpi, anda boleh melihat apa yang berlaku di negeri yang bukannya Barisan Nasional memerintah. Tidak perlu dinamakan negeri tersebut dan hasilnya, ada negeri yang diperintah selama 40 tahun, rakyat tidak mendapat apa yang mereka sepatutnya perolehi dengan manifesto yang dipersembahkan ketika pilihanraya. Bagaikan penghisap dadah, terbuai khayal dan apabila tersedar, mereka dihidangkan lagi dengan pil kuda.

Janji kepada rakyat perlu ditunaikan.

Kenapa negeri di bawah kerajaan BN sentiasa berada di landasan yang betul, jawapannya mudah, manifesto terhasil apabila BN melihat keperluan rakyat sepanjang masa dan bukannya bila tiba pilihanraya sahaja. Apabila merangka manifesto tergesa-gesa tanpa melihat keperluan rakyat maka lahirlah janji kosong, menipu rakyat dan berbohong untuk menutup pembohongan yang berterusan. Rakyat jadi mangsa, negeri dan negara jadi huru-hara.


Apa yang Khairy Jamaluddin ucapkan adalah betul dan tepat. Rakyat Johor menunggu apa janji Pakatan Harapan kali ini, lama masa yang diambil dan akhirnya bila dilancarkan, rupanya “copy paste”, tidak menyasarkan semua golongan, hanya warga bandar sahaja akan menikmati janji PH dan masyarakat luar bandar melopong, tidak mendapat apa-apa jika mereka menang.

Manifesto tangkap muat akan menjerut leher rakyat dan sepanjang penggal akan datang rakyat akan hidup di bawah kerajaan yang berbohong.



Previous Post Next Post

نموذج الاتصال