Malaysia Hot

Perpindahan Casemiro cetus kontroversi hangat, siasatan serta merta dijalankan


DIFAHAMKAN terdapat dakwaan pelanggaran peraturan perpindahan pemain berlaku membabitkan kontrak Casemiro bersama gergasi Liga Utama Amerika Syarikat (MLS), Inter Miami.

Berdasarkan undang-undang MLS, sesebuah kelab harus berunding dengan pasukan yang sudah mendaftarkan hak terhadap seseorang pemain sebelum pemain itu boleh ditandatangani di luar sistem draf atau ejen bebas.

Dalam konteks ini, LA Galaxy terlebih dahulu mempunyai hak ke atas bekas bintang Manchester United itu.

Inter Miami yang diterajui oleh pemilik bersama, David Beckham, itu berkata mereka sudah memperoleh hak terhadap tonggak Brazil itu daripada LA Galaxy.

LA Galaxy pula dalam satu kenyataan memaklumkan sudah mencapai persetujuan dengan The Herons, namun syarat perjanjian akan diumumkan selepas siasatan selesai.

Pengelola liga itu mendakwa ada unsur pemalsuan terhadap Inter Miami, namun belum ada pengesahan rasmi setakat ini, selain tidak menyatakan bentuk hukuman jika dikenakan.

Sumber.
Previous Post Next Post

نموذج الاتصال