Malaysia Hot

Piala Dunia 2026: Losers Cafe tawar minuman percuma kalau pasukan anda kalah


SEBUAH kafe di Mexico City menawarkan kelainan apabila mengalu-alukan pelanggan yang sedang meratap kekalahan pasukan masing-masing.

Setiap pagi, Losers Cafe yang terletak di Condesa akan menghidangkan minuman percuma kepada penyokong yang memakai jersi pasukan yang menanggung kekalahan dalam Piala Dunia 2026 pada hari sebelumnya.

Malah tisunya turut tertera tulisan 'keringkan air matamu'.

Antara pelanggannya adalah jurukamera dari Afrika Selatan, Monse Aguilar, yang merasai pengalaman untuk mengubati kekecewaannya setelah negaranya tersingkir.

"Ia bagaikan satu pelukan ke hati selepas mengalami kekalahan," katanya. 

Sumber
Previous Post Next Post

نموذج الاتصال