Malaysia Hot

Pilihanraya Negeri: Anwar Terus Hasut, Tipu Orang Johor


Kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang mendakwa Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor diadakan pada hari Sabtu bagi menyusahkan rakyat mengundi adalah tidak tepat sama sekali.

Dalam ucapannya, Anwar berkata:

"Kita suruh buat Ahad, mereka buat hari Sabtu. Kita suruh buat akhir bulan supaya saudara dapat gaji, dia buat awal. Pilihan raya bagi susah orang mengundi. Patut pilihan raya bagi senang”. Memalukan apabila Anwar mengaitkan isu gaji dan pilihanraya.

Kenyataan itu memberi gambaran seolah-olah kerajaan negeri atau Barisan Nasional (BN) Johor mempunyai kuasa menentukan hari dan tarikh pengundian.

Realitinya, tarikh pengundian bukan ditetapkan oleh BN Johor, sebaliknya merupakan bidang kuasa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang diberi tanggungjawab di bawah Perlembagaan Persekutuan.

Selepas Dewan Undangan Negeri dibubarkan, SPR bertanggungjawab menetapkan tarikh penamaan calon, pengundian awal dan hari mengundi berdasarkan pertimbangan logistik, operasi serta keperluan perjalanan pilihan raya.

Secara amnya, hari mengundi juga lazimnya ditetapkan pada hari Sabtu, satu amalan yang telah digunakan dalam banyak pilihan raya sebelum ini.

Justeru, mengaitkan keputusan tersebut dengan BN Johor menimbulkan persoalan kerana parti politik tidak mempunyai kuasa membuat keputusan mengenai jadual rasmi pilihan raya.

Pengkritik berhujah, jika terdapat rasa tidak puas hati terhadap tarikh pilihan raya, kritikan sewajarnya ditujukan kepada SPR sebagai badan yang bertanggungjawab menguruskan proses pilihan raya, bukannya kepada kerajaan negeri atau BN Johor.

Mereka turut mengingatkan bahawa dari sudut pentadbiran, urus setia SPR menerima sokongan pentadbiran melalui Jabatan Perdana Menteri, walaupun SPR menjalankan fungsinya sebagai sebuah institusi bebas menurut Perlembagaan.

Penganalisis melihat kenyataan seperti ini berpotensi membentuk persepsi bahawa kerajaan negeri bertanggungjawab terhadap perkara yang sebenarnya berada di luar bidang kuasanya.

Persoalan yang dibangkitkan bukan sekadar mengenai hari mengundi tetapi sama ada kenyataan politik yang dibuat kepada rakyat disandarkan kepada fakta mengenai proses pilihan raya atau sekadar menjadi sebahagian daripada kempen politik menjelang PRN Johor.

Berbaloikah rakyat Johor memilih parti yang ketuanya sentiasa berbohong?
Previous Post Next Post

نموذج الاتصال