Malaysia Hot

PRN Johor: Kadar Keluar Mengundi 34.78%: Pengundi Cina Menyatakan Kekecewaan Kepada DAP


JOHOR BAHRU, 11 Julai – Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor Ke-16 terus menunjukkan peningkatan kadar penyertaan apabila 34.78 peratus daripada keseluruhan 2,682,642 pengundi berdaftar telah keluar mengundi setakat jam 12.00 tengah hari, menurut data rasmi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Ini bermakna seramai 933,115 pengundi telah menunaikan tanggungjawab mereka, mengatasi kadar 28.41 peratus yang direkodkan pada waktu sama dalam PRN Johor 2022.

Peningkatan ini menunjukkan minat pengundi lebih tinggi berbanding pilihan raya negeri terdahulu. Namun, pola keluar mengundi mengikut kawasan mula menjadi perhatian pemerhati politik.

Kawasan Dengan Momentum Paling Tinggi

Data SPR menunjukkan tiga DUN yang merekodkan kadar keluar mengundi tertinggi setakat tengah hari ialah:

  • N.39 Tanjung Surat – 45.4%
  • N.20 Semarang – 45.2%
  • N.36 Sedili – 41.9%

Sebaliknya, kadar keluar mengundi paling rendah direkodkan di:

  • N.13 Simpang Jeram – 28.2%
  • N.12 Bentayan – 25.8%
  • N.23 Penggaram – 25.4%

Jurang yang ketara antara kawasan tertinggi dan terendah memberi gambaran bahawa momentum pengundian tidak berkembang secara sekata di seluruh negeri.

Perkembangan ini turut mencetuskan pelbagai persoalan dalam kalangan pemerhati politik. Antaranya, adakah terdapat sebahagian pengundi yang sebelum ini menyokong Pakatan Harapan memilih untuk tidak keluar mengundi?

Menurut sumber, sebahagian pengundi Cina yang berasa kecewa terhadap DAP atau merasakan janji dan harapan mereka tidak dipenuhi dan janji sekadar janji.

“Janji lama belum ditunai, buat pula janji baru” kata Chua, penyokong tegar DAP

Previous Post Next Post

نموذج الاتصال