Adakah hari ini bakal menjadi satu lagi perkembangan penting dalam perjalanan kes Datuk Seri Najib Razak?
Bekas Perdana Menteri itu dilaporkan dijangka membuat pembayaran denda berjumlah RM50 juta bagi membolehkan beliau menjalani baki hukuman penjara menerusi kaedah tahanan di rumah.
Menurut sumber, pembayaran denda berkenaan akan dilakukan oleh wakil beliau di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.
Jika perkembangan ini benar-benar berlaku, ia pastinya menjadi perhatian umum, khususnya berkaitan pelaksanaan baki hukuman Najib Razak dan perkembangan seterusnya dalam isu tahanan di rumah.
RM50 juta. Satu angka besar, satu perkembangan yang dinanti-nantikan. Adakah hari ini menjadi tarikhnya?

