Malaysia Hot

Bas bawa 32 pelajar kolej terbabas, pemandu cedera


KULIM: Seramai 32 pelajar sebuah kolej swasta di sini selamat selepas bas yang dinaiki mereka terbabas di Jalan Lebuh KTC, hari ini. 

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Syamsul Sinring berkata, kejadian dipercayai berlaku pada jam 7.35 pagi tadi dan bas terbabit dipercayai dari Taman KTC1 menghala ke Kulim Hi Tech Park (KHTP). 

Beliau berkata, hasil siasatan mendapati bas yang dipandu lelaki berusia 40-an itu dipercayai terbabas dan memasuki laluan bertentangan. 

"Pemandu bas terbabit cedera di kepala dan dibawa ke Hospital Kulim untuk pemeriksaan lanjut.

"Bagaimanapun semua pelajar dalam bas berkenaan tidak mengalami kecederaan dan telah dihantar ke kolej oleh van yang disediakan, " katanya dalam kenyataan hari ini.

Sumber.
Previous Post Next Post

نموذج الاتصال