Malaysia Hot

Dana Pencen Rakyat Hangus RM200 Juta: Ditipu Atau Jenayah Terancang?


Anda boleh bayangkan bagaimana Syarikat ‘startup’ yang menghasilkan alat pemberi makanan ikan berjaya menipu syarikat-syarikat gergasi dari beberapa negara termasuk dari Malaysia, Belanda, Singapura, Jepun, Switzerland, Amerika Emiriah Arab Bersatu dan beberapa syarikat gergasi dari Indonesia sendiri dengan nilai lebih dari USD 1 bilion.



Anda juga boleh bayangkan bagaimana alat tersebut yang hanya dibuat dengan menggunakan ‘tong plastik’ dan sensor yang boleh didapati dari ‘shopee’ boleh menarik perhatian pelabur gergasi dari negara tersebut. Paling tidak masuk akal, alat tersebut persis berkonsep tempat makanan isi ulang untuk kucing yang harganya lebih kurang RM10.00 bergantung pada saiz.

Anda mungkin tertanya, kenapa adanya nama syarikat Goldman Sachs di dalam ‘lingkaran’ skandal ini?

Dan ‘coincidence’, syarikat gergasi yang berkait dengan kewangan pernah membayar bersetuju dengan penyelesaian bernilai AS$3.9 bilion bersama Kerajaan Malaysia pada tahun 2020 berhubung peranannya dalam skandal rasuah 1MDB.

Perjanjian tersebut merangkumi bayaran tunai pendahuluan sebanyak AS$2.5 bilion serta jaminan bahawa sekurang-kurangnya AS$1.4 bilion daripada aset yang diselewengkan akan diperoleh semula.

Walau bagaimanapun, bahagian terakhir bernilai AS$1.4 bilion itu masih menjadi subjek prosiding timbang tara yang sedang berlangsung di London selepas Goldman Sachs memulakan prosiding terhadap Malaysia berhubung tempoh masa pemulihan aset serta pertikaian mengenai pematuhan terhadap terma penyelesaian tersebut.

Anda boleh nampak dan tidak pelik kerana itulah teras perniagaan syarikat tersebut.

Apa yang pelik?

Anda tidak perlu menggali lebih dalam. Anda hanya menggunakan kebijakan anda yang sedikit dikurniakan Ilahi untuk menyusun ‘jigsaw puzzle’, bagaimana alat pemberi makanan ikan yang harga kosnya tidak sampai RM100 se-unit berjaya menarik pelabur-pelabur ternama di dunia dengan aliran masuk ke dalam syarikat ‘startup’ tersebut sebanyak lebih dari USD300 juta.

Sebelum anda selesai menyusun ‘jigsaw puzzle’, anda sudah boleh nampak kenapa pelabur seperti kerasukan, tamak untuk mengaut keuntungan mudah.

Pertama, pelabur mungkin melihat angka keutungan yang ditawarkan terlalu tinggi.

Kedua, nama pelabur pertama yang dijadikan umpan, jadi sikap ‘FOMO’ yang takut tertinggal dengan pesaing.

Ketiga, nama pengurus dana sebagai daya penarik, Goldman Sachs pula bertindak sebagai penasihat kewangan eksklusif.

Keempat, tentulah kehebatan mulut manis ‘broker maut’ yang mungkin berpakat dengan orang dalam syarikat yang menjadi mangsa. Siapa yang ingin menolak menjadi jutawan mee segera dengan mudah. Menipu majikan sendiri satu nikmat, mungkin.

Atau ada 'tawaran lain' di sebalik tong isi-ulang makanan ikan? 

Pelabur tidak membeli tong, mereka beli apa sebenarnya? Tunggu part II.

Maka, apabila skandal penipuan ini terdedah di Indonesia maka timbul pertanyaan.

Kenapa sekarang baru dibawa ke parlimen dan kenapa tidak lakukan siasatan segera dahulu seterusnya didakwa di mahkamah dan barulah dibentangkan di parlimen? 

Nampak berbelit. Nampak ada yang cuba disembunyikan dan nampak seperti ada yang cuba melakarkan sebuah cerita baharu apabila berdepan dengan hakim di mahkamah?

Paling tidak boleh diterima, hanya setelah rakyat bangkitkan isu ini tanpa henti barulah kerajaan mengklasifikasikan kes ini sebagai ‘skandal penipuan’.

Laporan terkini Buletin TV3 mendedahkan pelaburan hampir RM200 juta oleh Kumpulan Wang Persaraan (KWAP) dalam syarikat pemula akuakultur Indonesia, eFishery, adalah mangsa penipuan terancang.

Satu soalan awal dari rakyat sebelum 1001 soalan muncul, “Kementerian Kewangan tidak tahu menahu pelaburan berskala besar ini?”
Previous Post Next Post

نموذج الاتصال