Sumber dari bilik gerakan mengatakan bahawa DAP sekali lagi akan memimpin Pakatan Harapan bagi Pilihanraya Negeri. Jika di Johor, Pakatan Harapan cuba merampas kepimpinan negeri dari Barisan Nasional dan gagal dengan keputusan yang teruk, “kali ni padangnya berbeza” kata penyokong DAP.
“DAP dan Pakatan Harapan akan mempertahankan kerusi yang mereka menangi pada pilihanraya negeri yang lalu dan sekali lagi DAP akan memimpin Pakatan Harapan bermula dari pemilihan calon lagi” kata pemerhati politik Negeri Sembilan.
Pakatan Harapan bertanding di kesemua 36 kerusi Dewan Undangan Negeri. Daripada jumlah tersebut, Parti Keadilan Rakyat diberikan 16 kerusi, menjadikannya parti komponen yang bertanding paling banyak. DAP pula bertanding di 11 kerusi, manakala Parti Amanah Negara bertanding di sembilan kerusi.
Di pilihanraya negeri Johor, DAP mulakan kempen dengan membawa naratif, ‘Jika BN menang, Najib akan dibebaskan’ dan di Negeri Sembilan, DAP mulakan dengan naratif, ‘Jika BN menang maka Zahid Hamidi akan jadi PM’.
Apa yang menariknya, penyokong Pakatan Harapan kebingungan tentang fokus DAP menyerang Presiden UMNO kerana ianya kelihatan seperti memperbodohkan pengundi Negeri Sembilan termasuk penyokong Pakatan Harapan sendiri. “keputusan pilihanraya negeri tiada kena mengena dengan kedudukan kerajaan pusat” kata sumber.
Anthony Loke mulakan dengan kempen agresif. Beliau cuba membina naratif awal dengan menuduh UMNO BN menderhaka kepada istana. Menurut pemerhati politik Negeri Sembilan, Anthony Loke juga bakal menggunakan krisis Adat di dalam kempennya dengan memberikan gambaran yang salah kononnya UMNO-BN adalah punca pilihanraya negeri ini diadakan.
Manakala Pemuda Amanah pula dengan kempennya mendesak Barisan Nasional keluar dari kerajaan Perpaduan.
Pengundi Negeri Sembilan sebenarnya menunggu ucapan-ucapan berapi dari Presiden PKR, Anwar Ibrahim.
Jika di Johor Anwar nampak begitu garang sehinggakan beliau dengan secara terbuka menghina Onn Hafiz dengan gelaran ‘budak’ malah dengan ego menceritakan kejayaan kerajaan negeri Johor adalah daripada hasil tangannya.
Dan paling melekat di kepala pengundi Johor ialah “Menang atau kalau saya tetap Perdana Menteri”. Bagaimana pula tingkah Anwar di Negeri Sembilan?

