![]() |
| sedang tular |
Politik sentiasa memberi ruang kepada perbezaan pendapat. Namun apabila sesuatu kenyataan melibatkan dasar strategik negara, ukuran sebenar bukan lagi siapa lebih lantang tetapi siapa lebih tepat.
Itulah yang berlaku apabila Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, tampil menjawab kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berhubung status Dokumen Pelan Induk Zon Ekonomi Khas Johor–Singapura (JS-SEZ).
Yang menarik, Onn Hafiz tidak memilih bahasa konfrontasi. Beliau tidak mempertikaikan kedudukan Perdana Menteri. Sebaliknya beliau bermula dengan merendah diri.
"Ya, saya sedar saya bukan bertaraf Perdana Menteri."
Namun selepas itu, beliau mengingatkan satu prinsip yang sukar disangkal. Apabila seseorang memegang jawatan nombor satu negara, setiap kenyataannya mesti tepat kerana setiap perkataan membawa implikasi kepada dasar kerajaan, keyakinan pelabur dan imej Malaysia.
Onn Hafiz menjelaskan bahawa Pelan Induk JS-SEZ ialah dokumen Kerajaan Malaysia. Ia bukan dokumen yang memerlukan kelulusan Kerajaan Singapura. Menurut beliau, proses libat urus dan maklum balas dengan Singapura telah pun selesai. Yang tinggal hanyalah pelancarannya oleh Kerajaan Persekutuan.
Atas asas itu, beliau berpandangan bahawa gambaran seolah-olah dokumen tersebut masih perlu menunggu persetujuan pada Leaders' Retreat serta tandatangan Perdana Menteri kedua-dua negara adalah tidak tepat dan berpotensi mengelirukan rakyat serta komuniti pelabur.
Lebih penting, Onn Hafiz menegaskan bahawa beliau tidak berniat menyalahkan mana-mana pihak. Sebagai Kerajaan Negeri, beliau hanya mahu memastikan setiap inisiatif strategik yang memberi manfaat kepada Johor bergerak mengikut jadual dan terus memberi keyakinan kepada pelabur.
Beliau turut mendedahkan bahawa ramai pelabur sedang menunggu pelancaran Pelan Induk JS-SEZ kerana dokumen itu menjadi antara rujukan penting dalam membuat keputusan pelaburan.
Melalui akaun rasmi facebooknya, Onn menutup kenyataannya juga cukup sinis tetapi masih berada dalam ruang hujah.
Menurut beliau, jika ada yang menganggap dirinya tidak cerdik, keadaan yang lebih membimbangkan ialah apabila Perdana Menteri sendiri dilihat tidak cukup teliti dalam mengeluarkan kenyataan yang menyentuh kepentingan ekonomi negara.
Sepanjang kenyataan itu, tiada makian. Tiada serangan peribadi. Tiada retorik kosong. Yang dikemukakan ialah kronologi, fakta dan penjelasan mengenai proses sebenar.
Namun Perdana Menteri tampil dengan kenyataan yang terlalu kasar dan tidak beradap malah begitu jauh dengan ‘standard’ seorang Perdana Menteri.
"Menang Johor pun saya Perdana Menteri, kalah pun saya Perdana Menteri."
Ayat itu mungkin mengundang sorakan dan pekikan serta laungan di pentas ceramah tetapi persoalan yang dibangkitkan Onn Hafiz bukanlah mengenai siapa Perdana Menteri.
Persoalannya jauh lebih mudah.
Adakah penjelasan mengenai status Pelan Induk JS-SEZ itu tepat?
Adakah benar dokumen tersebut memerlukan tandatangan Perdana Menteri Singapura seperti yang digambarkan?
Atau adakah proses sebenar seperti yang dihuraikan oleh Menteri Besar Johor?
Sehingga kini, persoalan itulah yang menjadi tumpuan.
Dalam masa yang sama, bekas Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli, turut mengkritik penjelasan Perdana Menteri berhubung isu tandatangan tersebut. Kritikan itu menambahkan lagi perhatian terhadap ketepatan kenyataan yang dikeluarkan oleh kerajaan sendiri.
Bagi pemerhati politik, apabila fakta dibalas dengan retorik, tumpuan rakyat lazimnya akan beralih kepada persoalan yang cuba dielakkan.
Rakyat hari ini bukan lagi menilai berdasarkan siapa yang bercakap paling kuat atau memegang jawatan paling tinggi.
Rakyat mahu jawapan yang boleh disemak.
Pelabur pula tidak membuat keputusan berdasarkan slogan politik. Mereka menilai ketepatan maklumat, kepastian dasar dan kredibiliti kerajaan.
Jawatan Perdana Menteri sememangnya tidak berubah sama ada menang atau kalah dalam sesebuah pilihan raya negeri.
Namun kewibawaan seorang Perdana Menteri sentiasa bergantung kepada satu perkara yang jauh lebih penting daripada jawatan itu sendiri iaitu ketepatan fakta, ketelitian dalam membuat kenyataan dan kesediaan menjawab hujah dengan hujah.
Dalam politik, retorik mungkin memenangi tepukan tetapi fakta sentiasa menjadi ukuran yang lebih berkekalan.
Bukan sekali Anwar melanggari sempadan keperibadian sebagai seorang Ketua Negara Nombor Satu. Sikap panas barannya mudah terserlah terutama apabila beliau terkantoi dengan ‘skrip pembohongan’ yang beliau sendiri lakarkan.
Alasan Anwar kononnya Dokumen Palan Induk Zon Ekonomi Khas Johor - Singapura perlu mendapatkan tandatangan PM Singapura terbukti tak benar.
Malah penghasut nombor satu Anwar iaitu bekas ayam tambatan PKR, Rafizi Ramli turut menyatakan Anwar menipu dalam soal tandatangan PM Singapura tersebut.
Jadi, untuk menutup malunya sendiri kerana tertangkap dengan kenyataan yang tidak benar, maka keluarlah kenyataan sombong dan angkuh. Rakyat masih dan sentiasa ingat dengan frasa kata pembohongan ini, “Hari Ini Kita Menang Esok Harga Minyak Turun”.
Peliknya, perangai menipu, membangkitkan kemarahan orang tanpa rasa bersalah kelihatan sudah sebati dengan beliau. Dulu mungkin orang percaya tetapi kini Anwar sudah jadi Perdana Menteri, ‘pancutan kencing hancingnya’ makin meluas.


