Malaysia Hot

Merdeka Wajib Dipertahan, Perpaduan Kekuatan Malaysia - Azalina


Anggota Jemaah Menteri hari ini menyampaikan ucapan sempena Hari Kebangsaan ke-69 kepada seluruh rakyat Malaysia menerusi platform media sosial masing-masing, sambil menyeru rakyat agar terus memperkukuh perpaduan, memelihara keharmonian dan mempertahankan kemerdekaan negara.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Dato' Sri Azalina Othman Said, berkata kemerdekaan negara perlu dipelihara melalui semangat perpaduan, sikap saling menghormati dan kebersamaan tanpa mengira kaum, agama atau latar belakang.

“Kekuatan Malaysia sejak dahulu terletak pada perpaduan rakyatnya,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Azalina turut berharap agar Malaysia terus melakar kejayaan, menikmati keamanan dan kemakmuran serta melangkah ke hadapan sebagai sebuah negara yang lebih kukuh demi generasi akan datang.
Previous Post Next Post

نموذج الاتصال