Nampaknya perkembangan Farhash Wafa Salvador dalam tempoh kurang tiga tahun sejak Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri tidak lagi dilihat semata mata sebagai kisah kejayaan seorang ahli perniagaan muda dari sudut ekonomi. Persoalan yang semakin mendapat perhatian dalam kalangan usahawan kecil dan sederhana serta komuniti korporat ialah bagaimana Farhash yang sebelum ini lebih dikenali sebagai hanya ahli PKR dan bekas setiausaha politik kepada Anwar ketika berada di blok pembangkang, kemudiannya muncul dengan profil korporat yang jauh lebih menonjol.
Dalam tempoh yang singkat, namanya mula dikaitkan dengan pemilikan dan pelaburan dalam beberapa syarikat besar. Perubahan daripada seorang figura politik yang lebih dikenali melalui aktiviti parti dan demonstrasi jalanan kepada individu yang semakin menonjol dalam dunia perniagaan inilah yang mencetuskan persoalan mengenai bagaimana transformasi tersebut berlaku dalam tempoh yang begitu singkat.
Sebelum ini, Farhash lebih banyak dikenali melalui peranannya sebagai setiausaha politik kepada Anwar serta penglibatan aktif dalam kegiatan politik, bukannya sebagai usahawan berprofil tinggi. Sebab itu, kemunculannya kemudian sebagai pemain korporat yang semakin berpengaruh seiring dengan garis masa Anwar sebagai Perdana Menteri menjadi antara perkembangan yang menarik perhatian pemerhati ekonomi dan komuniti perniagaan.
‘Kejayaan’ Farhash Wafa Salvador dalam dunia korporat turut menarik perhatian kerana beliau bukan sahaja muncul sebagai pemegang saham besar dalam beberapa syarikat tersenarai, malah dalam beberapa keadaan turut melepaskan kepentingan tersebut dalam tempoh yang relatif singkat.
Ada pihak mengaitkan perubahan pegangan itu dengan tekanan dan perhatian masyarakat terutama golongan korporat terhadap kedudukannya sebagai bekas setiausaha politik kepada Anwar Ibrahim.
Contoh paling menonjol ialah HeiTech Padu Berhad. Pada Mac 2024, Farhash muncul sebagai pemegang saham besar melalui kepentingan tidak langsung sebanyak 15.91 peratus atau 16.1 juta saham menerusi Rosetta Partners Sdn Bhd. Farhash kemudian menjelaskan bahawa Rosetta dimiliki oleh Mfivesouthsea Sdn Bhd yang ketika itu dimiliki bersama olehnya dan Sultan Muhammad V.
Perhatian terhadap transaksi itu meningkat kerana HeiTech merupakan kontraktor teknologi kerajaan yang mempunyai rekod panjang dengan agensi awam. Ketika Farhash muncul sebagai pemegang saham besar, HeiTech baru sahaja memperoleh lanjutan kontrak penyelenggaraan sistem imigresen bernilai RM13.11 juta. Tidak lama kemudian, syarikat itu mengumumkan kontrak MySikap JPJ bernilai sekitar RM190 juta. Namun kerajaan menjelaskan bahawa proses dan kelulusan tender MySikap telah berlaku sebelum Farhash memperoleh kepentingannya dalam HeiTech.
Selepas Farhash tidak lagi menjadi pemegang saham besar pada April 2024, HeiTech kemudian memperoleh projek kerajaan yang jauh lebih besar. Pada Oktober 2024, syarikat itu dianugerahkan kontrak Sistem Imigresen Bersepadu Nasional atau NIISe bernilai RM892.19 juta, yang kemudiannya dinaikkan kepada sekitar RM1.05 bilion susulan pertambahan skop kerja. HeiTech juga memperoleh projek hidroelektrik bernilai sekitar RM1.04 bilion daripada TNB Power Generation pada Februari 2025. Fakta ini menunjukkan HeiTech memang sebuah syarikat yang mempunyai hubungan kontrak besar dengan kerajaan dan syarikat berkaitan kerajaan. Namun dikatakan Farhash sudah tidak lagi menjadi pemegang saham besar apabila kontrak NIISe dan projek TNB tersebut diumumkan?
Satu lagi transaksi yang jauh lebih besar ialah kemasukan Farhash ke dalam MMAG Holdings Berhad pada Mac 2025. Beliau memperoleh 462 juta saham atau kira kira 20 peratus syarikat itu melalui transaksi perniagaan langsung. Data pasaran yang dipetik The Edge menunjukkan saham tersebut ditransaksikan pada sekitar 40 sen sesaham, menjadikan nilai transaksi kira kira RM184.8 juta. Farhash kemudiannya dilantik sebagai pengerusi syarikat tersebut.
Ini sebahagian dari persoalan yang sedang berlegar di kalangan rakyat dan golongan korporat. Banyak lagi yang menimbulkan tandatanya. Bagaimana seorang bekas ahli PKR yang hanya memegang jawatan setiausaha politik kepada ahli parlimen pembangkang boleh muncul dalam tempoh yang singkat dengan keupayaan melakukan transaksi korporat bernilai besar?
Paling menarik, muncul nama ‘Amin Botak’ yang dikatakan rakan kongsi Farhash?
Siapa dia?
Ada yang kata, Anwar cuba alihkan isu ini dengan menyibukkan diri dengan "kempen sakau" dan krisis Negeri Sembilan?
Siapa dia?
Ada yang kata, Anwar cuba alihkan isu ini dengan menyibukkan diri dengan "kempen sakau" dan krisis Negeri Sembilan?
Tags
Politik

